Ibadah yang Wanita Haid Boleh Buat di Tanah Suci - Ustazah Asma' Harun
Nurul Atikah Sarji
2025-09-04

Datang haid sewaktu menunaikan umrah? Ramai wanita yang risau jika ia berlaku di tanah suci kerana bimbang ibadah terganggu dan tidak dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin. Namun, ketahuilah bahawa haid bukan tanda anda jauh daripada Allah.
Bagi wanita yang didatangi haid ketika berada di tanah suci, jangan pernah merasa terasing atau dipinggirkan. Hakikatnya, anda tetap dekat dengan Allah, malah mungkin lebih hampir daripada yang anda sangkakan.
Benar, wanita yang sedang haid tidak dibenarkan memasuki masjid, termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tetapi itu tidak bermaksud pintu ibadah tertutup buat anda. Masih ada banyak cara untuk mendekatkan diri kepadaNya, dengan hati, doa, zikir dan syukur yang tidak pernah berhenti.


Menurut Ustazah Asma’ Harun, anda masih boleh beribadah di sekitar kawasan masjid. Sebagai contoh, di bawah payung besar Masjid Nabawi yang menjadi tempat yang nyaman dan damai. Di sini, anda boleh:
- Beristighfar dan bertafakur, merenung keindahan ciptaan Allah.
- Mengulang ayat al-Quran dalam hati, walaupun tidak boleh memegang mushaf.
- Membaca terjemahan al-Quran untuk lebih memahami makna dan hikmah yang terkandung di dalamnya.
Jangan risau, wanita yang sedang haid masih mempunyai banyak peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tanpa perlu melakukan sujud atau tawaf, anda masih dapat mengumpul pahala dengan amalan lain yang penuh keberkatan. Jangan lupa untuk perbanyakkan doa di sana.
Gunakan masa ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan ketenangan hati. Setiap detik di tanah suci adalah peluang yang tidak ternilai. Semoga setiap ibadah dan niat baik anda sentiasa diterima dan terus diberkati Allah.
Baca juga: 3 Perkara Anda Boleh Buat untuk Tambah Pahala Umrah
Related Articles
Packages









.png)


.png)



























