5 Kemudahan untuk Orang Tua di Tanah Haram
Hanan Latip
2025-07-07
Anda mungkin tertanya-tanya, apakah kemudahan yang tersedia ketika berada di Tanah Haram, terutamanya bagi warga emas atau jemaah yang pergerakannya mungkin agak terbatas? Di sini, kami ingin kongsikan lima kemudahan penting yang boleh membantu melancarkan urusan anda ketika menunaikan umrah.
Buggy dan Kerusi Roda Berbayar
Untuk ibadah tawaf dan saie, anda boleh menggunakan perkhidmatan buggy (kenderaan elektrik) atau kerusi roda. Kemudahan ini tersedia di kawasan tertentu di Masjidil Haram dan boleh digunakan secara berbayar, sama ada dengan pemandu (mutawwif buggy) atau secara persendirian. Sangat membantu untuk warga emas dan jemaah yang kurang upaya.


Bas Shuttle Sekitar Hotel dan Masjid
Jangan risau jika hotel anda terletak sedikit jauh dari masjid, kerana terdapat perkhidmatan bas shuttle yang menghubungkan kawasan hotel dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sesetengah bas dikendalikan oleh kerajaan tempatan dan jemaah boleh menaikinya secara percuma, selain tersedia 24 jam tanpa henti. Ada juga yang disediakan oleh pihak hotel sebagai nilai tambah kepada jemaah. Jadi ia sangat memudahkan anda untuk pergi ke masjid tidak mengira waktu!

Kerusi Lipat Percuma di Masjid Nabawi
Di Masjid Nabawi, anda akan jumpa banyak kerusi lipat yang diletakkan di sekitar kawasan solat. Kerusi ini boleh digunakan secara percuma, terutamanya oleh jemaah yang tidak mampu duduk lama di atas lantai. Ianya mudah diakses dan sangat membantu semasa solat atau menunggu waktu solat berikutnya.
Makanan Full-Board dalam Pakej Umrah ikhlas.com
Bagi jemaah yang mendaftar semua jenis pakej umrah bersama ikhlas.com, anda tidak perlu bersusah payah mencari kedai makan. Setiap pakej disertakan dengan makanan lengkap tiga kali sehari, sama ada melalui katering khas atau hidangan hotel. Mudah, menjimatkan masa dan anda boleh fokus pada ibadah.
Rawatan Percuma di Klinik dan Hospital Kerajaan
Sekiranya anda memerlukan rawatan semasa berada di Makkah, anda boleh mendapatkan bantuan perubatan secara percuma di klinik seperti Ajyad Emergency Hospital, yang terletak berhampiran Masjidil Haram. Akses masuk boleh melalui Alsafwah Tower atau laluan W.C 3.
Malah, jemaah umrah dan haji yang memegang visa sah akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan, termasuk kemasukan ke wad, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Pastikan anda membawa pasport dan visa sebagai bukti.
Bersama ikhlas.com, ibadah umrah anda akan lebih mudah dan terurus! Tidak perlu risau soal kemudahan asas kerana kami uruskan untuk anda agar anda boleh fokus beribadah dengan tenang, selesa dan penuh makna. Daftar sekarang bersama ikhlas.com Umrah dan rasai pengalaman umrah yang lancar.
Baca juga: 7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah
Related Articles
Packages



















.png)








.png)











