Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

9/5/2024

Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam pasti akan menunaikan ibadah umrah mahupun haji di kota suci Makkah. Selain melaksanakan rukun Islam kelima, umat Islam pasti akan berziarah dan beribadah demi mengecapi keredaan Ilahi. Pada masa yang sama, sudah tentu pasti kita ingin mengambil kesempatan untuk merasai dan mendalami sendiri suasana serta budaya di tanah Arab, terutamanya di Jeddah. 

Kota Jeddah merupakan satu kota yang mempunyai pelbagai sejarah Arab. Selain merupakan salah satu pelabuhan di Teluk dan pintu masuk utama ke kota suci Makkah, kota ini telah menerima ratusan juta pengunjung dari Arab Saudi dan juga seluruh negara selama berabad-abad dan seterusnya menjadikan bandar ini sebuah pusat yang kaya dengan budaya arab. 

Muzium Tayebat

_Template_images_for_blog_2.0_(18).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Untuk mempelajari dan mendalami sejarah Jeddah, kita boleh melawati Muzium Tayebat. Menariknya, muzium ini mempunyai pelbagai sejarah 2,500 tahun bandar ini. Muzium yang terletak di daerah Al Faisaliyah ini berada dalam kompleks yang menggabungkan semula seni bina tradisional Hijazi dari kota lama, dengan tingkap-tingkap yang dihiasi dengan kayu berukir halus serta tembok batu karang yang berornamen.

_Template_images_for_blog_2.0_(19).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Mempunyai beberapa tingkat yang dijadikan sebagai ruang pameran, muzium ini menawarkan pelbagai informasi mengenai asas penubuhan Jeddah Arab Saudi dan Semenanjung Arab secara umum. Sangat menarik! Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi muzium ini, muzium ini dibuka dari hari Ahad sehingga hari Khamis dari jam 8 pagi sehingga jam 9 malam. Harga tiket masuk sekitar RM95 (SAR80) seorang.

Jeddah Old Town

_Template_images_for_blog_2.0_(15).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Jeddah Old Town atau juga dikenali sebagai Al-Balad telah dibangunkan sebagai pertemuan di antara pelbagai budaya dan masyarakat sepanjang zaman. Kawasan ini mempunyai lapan pintu gerbang ikonik, yang setiap satunya memiliki kisah sejarahnya yang tersendiri.

_Template_images_for_blog_2.0_(16).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Selain itu, Al-Balad juga menempatkan lebih daripada 10 rumah tradisional yang terkenal dengan reka bentuk unik dan warisan keluarga purba yang menghuni kawasan ini sejak turun-temurun. Menariknya lagi, Al-Balad juga merupakan salah satu tapak yang telah tersenarai dalam senarai warisan dunia (UNESCO) dek kerana mempunyai banyak rumah-rumah kuno telah diubahsuai menggunakan teknologi terkini dan telah dijadikan sebagai galeri seni dan kafe-kafe untuk pelancong dan warga tempatan. 

10 senarai rumah yang unik di Al-Balad:

  1. Bait Nassif
  2. Bait Matbouli
  3. Bait Nour Wali
  4. Beit Alsharbatly
  5. Bait Qabil
  6. Zainal House
  7. Bait AlBatterjee
  8. Bait Baeshen
  9. Bait AlRashaida
  10. Bait Sallom

Jeddah Waterfront

_Template_images_for_blog_2.0_(21).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Jika berkunjung ke Jeddah Waterfront, pengunjung boleh menikmati kawasan peranginan pesisir sepanjang 30km di bandar Jeddah, Arab Saudi, terletak di sepanjang Laut Merah.

Menariknya lagi, Jeddah Waterfront ini menampilkan jalan pesisir, kawasan rekreasi, pavilion, serta air pancut Raja Fahd, yang merupakan air pancut tertinggi di dunia. Pengunjung juga boleh mendirikan solat di Masjid Al-Rahmah, yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Fatimah. 

_Template_images_for_blog_2.0_(22).png
Kredit foto: visitsaudi.com

Teringin untuk mengunjungi kawasan-kawasan di atas di samping mempelajari sejarah peradaban Islam di Arab Saudi serta melakukan ibadah umrah? Tempah sekarang bersama ikhlas.com kerana kami menawarkan pakej mampu milik untuk bulan Januari dan Februari 2025! Layari pautan ini untuk maklumat lanjut.