Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad
Nurul Atikah Sarji
7/29/2024

Ustaz Abdul Somad adalah seorang pendakwah dan ulama yang sangat terkenal di Indonesia. Dilahirkan pada 18 Mei 1977 di Silo Lama, Asahan, Sumatera Utara, Indonesia, dia dikenali ramai kerana ceramah-ceramahnya yang disampaikan dengan gayanya yang unik serta mudah difahami.
Ustaz Abdul Somad memperoleh pendidikan agamanya daripada beberapa institusi terkemuka seperti di Universiti Al-Azhar di Mesir, yang merupakan salah satu pusat pendidikan Islam tertua dan paling dihormati di dunia. Selain itu, dia juga belajar di Institut Darul Hadith Al-Hassania di Maghribi, yang memfokuskan kepada pengajian hadis dan tradisi Nabi Muhammad SAW.
Ustaz Abdul Somad mempunyai pengikut yang besar dan setia. Dia dianggap sebagai salah seorang ulama yang berpengaruh di Indonesia pada masa kini. Dengan gaya dakwah yang unik dan kemampuannya menjelaskan konsep-konsep agama dengan mudah, dia telah berjaya menarik minat ramai orang untuk mendalami ilmu agama daripada pelbagai peringkat usia.

Selain daripada ceramah, Ustaz Abdul Somad juga menulis beberapa buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan dari perspektif Islam. Buku-bukunya telah mendapat sambutan hangat dan digunakan sebagai rujukan oleh pelajar dan pengamal agama.
Dek kerana pengalaman Ustaz Abdul Somad yang sangat luas serta sudah pun disambut baik oleh masyarakat Islam di Malaysia, ikhlas.com untuk kali ketiga, membawakan pakej umrah Tabligh Akbar 3.0 Bersama Ustaz Abdul Somad dengan pakej mampu milik untuk semua miliki!

Dengan pakej ini, anda akan mendapat peluang unik untuk menyertai bukan sahaja satu, tetapi dua majlis Tabligh Akbar yang megah dengan kehadiran Ustaz Abdul Somad. Majlis-majlis ini pasti akan menyentuh jiwa dan memperdalamkan rohaniah anda disamping melengkapkan lagi ibadah umrah anda.
Kami menawarkan dua jenis pakej untuk memenuhi kehendak dan keselesaan anda: Ekonomi dan Premium. Kedua-dua pakej ini dirancang untuk memberikan pengalaman rohaniah selama 12 hari, termasuk 5 malam di Madinah yang tenteram dan 5 malam di Makkah yang suci.
Berminat? Anda boleh melayari pautan ini untuk membaca itinerari perjalanan serta maklumat lanjut dari ikhlas.com.
