Selain Ibadah, Ini 5 Aktiviti Lain Kaum Wanita Boleh Buat di Tanah Suci
Ayu Nadirah
2025-05-25
Sebut sahaja tentang umrah di tanah suci, anda pastinya akan teringatkan ibadah khusus yang wajib disempurnakan seperti tawaf dan saie. Namun, saat berpergian jauh ke Makkah dan Madinah pastinya hati membuak-buak juga untuk melakukan aktiviti lain, apatah lagi kaum wanita. Sekiranya anda merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama teman baik yang memahami dan berniat untuk merapatkan lagi ukhuwah, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Bukan sahaja dapat habiskan banyak masa untuk beribadah bersama, malah boleh juga meneroka tempat dan makanan menarik yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
Beribadah dan refleksi diri

Sudah tentu tujuan utama ke tanah suci adalah untuk menunaikan umrah dan ibadah lain. Inilah masanya anda dan teman baik untuk sama-sama refleksi diri soal kehidupan dan kerohanian. Curi peluang keemasan ini untuk sama-sama berjalan ke masjid dan beriktikaf selama mungkin dengan tujuan menggapai reda Allah. Ambil juga masa untuk membaca al-Quran bersama dan saling membetulkan bacaan sesama anda. Saat inilah anda dan teman baik boleh berkongsi kisah hidup dan apa yang boleh dibuat untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik setelah pulang kelak.
Melakukan sedekah

Ini adalah masa yang sesuai untuk memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah. Anda boleh sediakan makanan ringan seperti biskut, kacang dan keropok dari Malaysia dan pek dalam bungkusan kecil untuk dibawa ke tanah suci. Lebih mudah untuk anda berikan sebagai sedekah kepada orang di sana nanti. Pilihan lain, anda boleh juga membeli makanan di sana seperti nasi arab dan minuman kotak, kemudian agihkan bersama teman baik anda. Momen sebegini benar-benar membuatkan diri mensyukuri nikmat, sekali gus memanfaatkan masa bersama dengan perkara yang membawa manfaat kepada manusia lain.
Food hunting

Selain beribadah, Makkah dan Madinah juga boleh diumpamakan sebagai syurga makanan. Anda boleh cuba pelbagai jenis makanan daripada makanan berat ke hidangan pemanis mulut yang unik. Setelah selesai melaksanakan ibadah, anda dan teman baik boleh meneroka tempat makan menarik sekitar masjid dan hotel. Ada shawarma, aiskrim, Nasi Arab dan sebagainya untuk dicuba. Banyak juga kafe baru yang telah dibuka di sana!
Membeli-belah

Terasa kurang lengkap ziarah Makkah dan Madinah tanpa membawa pulang buah tangan. Pada waktu lapang, anda boleh sama-sama ‘melontar’ bak kata orang di sana iaitu membeli-belah. Bolehlah dapatkan pelbagai jenis jubah cantik, tasbih, minyak wangi, kurma dan coklat yang menjadi kebiasaan untuk jemaah borong untuk dibawa pulang ke tanah air.
Meneroka tempat baru

Sekiranya anda dan teman baik adalah seorang yang suka meneroka tempat baru dan mencipta memori bersama, boleh research terlebih dahulu tempat menarik yang mudah untuk pergi bersama. Contohnya menaiki buggy dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba, mendaki Jabal Nur, menaiki toboggan di Taif, melawat pelbagai muzium bersejarah yang ada dan banyak lagi. Pasti lebih indah apabila dapat berjalan ke destinasi bersejarah ini bersama insan yang rapat dalam kehidupan anda.
Baca juga: 4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah
Related Articles
Packages



.png)


























.png)









