Kota Taif: Saat Dakwah Ditolak, Kasih Rasulullah SAW Bawa Rahmat

Marini Mat Zain

2026-01-02

Berkat doa Baginda, Kota Taif kini dikenali. Namun, mulianya hati Rasulullah SAW, Baginda tetap berharap agar dari kalangan penduduk Taif lahir keturunan yang tidak menyekutukan Tuhan. Ia menjadi saksi kasih dan keikhlasan Rasulullah SAW walaupun dakwahnya ditolak. 

Rasulullah SAW telah diangkat menjadi Nabi selama sepuluh tahun, namun dakwah Baginda masih menghadapi tentangan hebat. Kaum Quraisy terus-terusan menolak ajaran Baginda. Malah, mereka memulaukan Baginda dan seluruh pengikutnya. Begitu besar ujian dan tekanan Baginda dalam menyebarkan ajaran Islam.

Saat mengalami kesukaran di Makkah, Rasulullah SAW bersama Zaid bin Harithah RA memilih kota Taif untuk meluaskan dahwah. Taif ketika itu dihuni oleh golongan bangsawan Bani Thaqif, orang-orang kaya yang membina istana serta kebun subur. 

Nama Taif berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tempat dikelilingi atau dikepung yang strategik kedudukannya. Kebanyakan orang kaya raya membina istana dan kebun subur di situ. 

Namun, sambutan yang diterima Baginda sangat mengecewakan. Penduduk Taif bukan sahaja menolak dakwah, malah membaling Baginda dengan batu dan kotoran unta, sehingga Baginda SAW terluka dan dipenuhi darah. Baginda terpaksa berlindung di sebuah kebun milik Utbah bin Rabi‘ah.

HORIZONTAL BLOG IMAGES.jpg

Di kebun itu, seorang hamba Nasrani bernama Addas diarahkan membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW. Ketika Baginda mengucapkan “Bismillahir Rahmanir Rahim”, Addas terkejut. Ucapan itu bukan kebiasaan orang Arab pada waktu itu.

Perbualan ringkas tentang ketuhanan menyentuh hati Addas. Akhirnya, Addas mengucapkan syahadah, menjadi orang pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW di Taif. 

Selepas peristiwa Rasulullah SAW tercedera, Allah SWT mengutus Jibril AS bersama malaikat penjaga gunung yang menawarkan untuk menghancurkan penduduk Taif. Namun, Rasulullah SAW menolak tawaran tersebut. 

Malah, Rasulullah SAW menitip doa kepada Ilahi agar memberi keberkatan kepada Taif. Walaupun dakwah Baginda ditolak, kota ini tetap mendapat rahmat Allah dan menjadi tempat lahir tokoh-tokoh besar Islam seperti Urwah bin Mas'ud adalah seorang pemimpin Bani Thaqif dari Taif yang kemudian menjadi sahabat Nabi Muhammad SAW.

Malah, Taif bukan sahaja menjadi kota pertanian yang subur tetapi juga menghasilkan generasi yang meneruskan cahaya Islam.

TAIF HARI INI

Taif terletak pada ketinggian 1,879 meter, menjadikannya salah satu bandar paling sejuk di Arab Saudi. Cuacanya nyaman, dengan musim panas yang sederhana dan musim sejuk yang dingin, serta ladang bunga mawar yang terkenal. Lokasinya yang strategik, berbukit dan subur menjadikan Taif kota yang aman, indah, dan penuh keberkatan.

DESTINASI MENARIK UNTUK DILAWATI DI TAIF

Masjid Addas

Masjid ini terletak di dataran tinggi Ain Al-Muthanna, kira-kira 20 minit dari pusat bandar Taif. Ia adalah lokasi bersejarah di mana Rasulullah SAW berlindung selepas dibaling batu oleh penduduk Taif dan bertemu dengan Addas RA, hamba Nasrani yang kemudian memeluk Islam. Masjid ini kini menjadi tempat ziarah dan renungan rohani, mengingatkan pengunjung tentang kesabaran, kasih, dan keikhlasan Rasulullah SAW walaupun menghadapi penolakan. 

2.jpg

Ladang Mawar Taif

Taif terkenal sebagai Kota Mawar, dan ladang-ladang mawar di sini adalah simbol kecantikan alam dan keberkatan yang Allah SWT limpahkan kepada kota ini. Ladang mawar ini bukan sahaja menjadi destinasi fotografi yang popular, tetapi juga menghasilkan minyak mawar berkualiti tinggi yang digunakan dalam parfum, kosmetik, dan aromaterapi. Pengunjung boleh berjalan di antara barisan bunga yang harum, menikmati pemandangan pergunungan yang hijau, dan merasakan kedamaian yang membawa ketenangan jiwa.

Al-Hada Mountain Road

Laluan ini membentang melalui pergunungan yang menawan, menghubungkan Taif dengan lembah-lembah sekitarnya. Al-Hada Mountain Road terkenal dengan pemandangan menakjubkan termasuk bukit yang berlapis-lapis, kabus pagi yang menyelimuti lembah, dan udara sejuk menyegarkan. Pengunjung boleh menikmati pengalaman memandu atau berjalan kaki sambil menyaksikan panorama alam semula jadi yang menenangkan.

Kereta Kabel Taif (Al Hada Cable Car)

Kereta kabel ini menawarkan pengalaman menakjubkan melihat panorama pergunungan Hijaz, lembah hijau, dan ladang mawar Taif dari ketinggian. Udara sejuk dan pemandangan indah menjadikannya sesuai untuk fotografi, keluarga, dan pengunjung yang ingin menikmati ketenangan alam.

Ain Al-Muthanna

Dataran tinggi ini kaya dengan nilai sejarah dan keindahan alam. Selain menjadi lokasi Masjid Addas, Ain Al-Muthanna menawarkan pemandangan wadi dan lembah yang subur, udara segar, dan peluang untuk fotografi sejarah dan alam semula jadi. Kawasan ini juga terkenal dengan sumber air semula jadi yang memberi kehidupan kepada kebun dan ladang di sekitarnya. 

Pasar Tradisional Taif

Pasar ini adalah harta budaya dan warisan Taif, di mana pengunjung boleh menemui barangan tradisional, rempah-ratus tempatan, manisan, minyak mawar, dan kraftangan unik. Suasana pasar yang meriah mencerminkan kehidupan penduduk Taif dan warisan budaya yang kaya. Ia juga memberi peluang untuk merasai interaksi sosial dan budaya tempatan.

Kisah Taif mengajar kita bahawa kebaikan dan kasih sayang mengatasi pembalasan. Walaupun ditolak, Rasulullah SAW memilih kasih, doa dan pengampunan. Kota Taif menjadi saksi bahawa dari penolakan, berkembangan keberkatan, lahir tokoh-tokoh yang menyebarkan cahaya Islam ke seluruh dunia.

Taif bukan sekadar destinasi fizikal, tetapi perjalanan rohani yang mengajar kita untuk berbuat baik, walau disakiti.

Related Articles

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590