4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

2024-08-13

Masjid Nabawi dan makam Rasulullah SAW adalah dua tempat yang begitu sinonim dengan kota Madinah. Apabila telah tiba di tanah penuh berkat ini, rugi sekiranya anda tidak melakukan ziarah ke muzium sejarah dan budaya yang kami senaraikan di bawah ini. Anda boleh melihat secara dekat sejarah Madinah, Masjid Nabi dan fasa kehidupan baginda yang berbeza, sekali gus menyuntik rasa cinta yang lebih mendalam kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Dar Al Madinah Museum

Muzium pertama dan terbesar yang mengangkat warisan budaya Islam dan sejarah Madinah, selain menterjemah episod kehidupan Rasulullah SAW secara menyeluruh dengan cara kreatif menerusi model simulasi realiti dan gambar warisan bersejarah. Dar Al Madinah Museum menekankan sejarah kota kecintaan Nabi SAW, selain membuka peluang kepada orang ramai untuk mendekati warisan berharganya. Muzium ini mempunyai dewan biografi Nabi SAW, dewan warisan budaya, dewan hospitaliti, taman, bazar warisan dan stor muzium. Banyak koleksi berharga tersimpan di sini umpama kiswa Kaabah, syiling yang digunakan zaman dahulu, poteri zaman Umayyad, manuskrip Islam, barang kemas dan juga pakaian tradisional penduduk Madinah. Semuanya tersimpan rapi dan dijaga dengan baik.

Dar_Al_Madinah_Museum.png

Hijaz Railway Museum

Stesen besar ini dibangunkan dengan rekaan urban dengan 12 bangunan yang menawarkan servis kereta api. Ia musnah dan telah dibangunkan semula oleh Saudi Commission for Tourism and Antiquities yang menjadikan stesen ini sebuah muzium bersejarah. Hijaz Railway Museum terkenal sebagai destinasi pelancongan bersejarah di Madinah yang mengetengahkan sejarah Madinah dan Nabi SAW, bermula dari zaman sebelum Islam sehingga ke masa kini. Anda juga boleh saksikan sejarah Hijaz Railway dan servis yang mereka sediakan buat para jemaah. Struktur binaan kereta api Hijaz diubah suai menjadi restoran buat pengunjung yang datang.

Hijaz_Railway_Museum.png

The Prophet's Mosque Museum

Muzium ini pula mengetengahkan bahan bersejarah yang membantu pengunjung untuk membayangkan tahap pembinaan dan struktur Masjib Nabawi. Penyatuan warisan budaya dan sejarah pada muzium membolehkan pengunjung mendalami sejarah masjid dan setiap sudut di dalamnya seperti kubah, mihrab, payung, pagar dan servis lain yang diberi kepada umat Islam yang mengunjungi Masjid Nabi. Ia dibangunkan dengan teknologi multimedia yang membolehkan pengunjung merasa dekat dengan setiap yang ditonjolkan. Tour dalam muzium ini mengambil masa kira-kira 40 minit.

The_Prophet_s_Mosque_Museum.png

As Safiyyah Museum & Park

Berlokasi strategik berdekatan dengan Masjid Nabawi, muzium ini adalah tapak budaya tumpuan pelancong yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu muzium yang menceritakan Story of Creation, taman, waterways, kedai dan restoran yang amat indah. Ia dibangunkan dengan tujuan untuk menambah pengetahuan akan budaya Madinah kepada para jemaah umrah dan haji. Muzium budaya menjadi pusat tumpuan kepada As Safiyyah Museum & Park. Ia menawarkan pembentangan audio dan visual tentang kisah penciptaan bemula dari awal kewujudan alam melalui kisah para nabi dan rasul.

As_Safiyyah_Museum_&_Park.png

Kredit foto: https://visitmadinahsa.com

Related Articles

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Packages

Ramadan
Card content

Umrah Ramadan Ustazah Asma' Harun

Special Program "Khatam Al-Quran & Tadabbur"

From MYR6,990
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy + Jeddah

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy + Jeddah/Al Ula

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850