Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

2024-03-06

Peristiwa penurunan wahyu pertama di Jabal Nur harus diketahui oleh semua orang Islam kerana ia adalah satu peristiwa penting kepada penurunan Al-Quran, iaitu mukjizat penting Nabi Muhammad SAW. Sehingga kini, Al-Quran telah digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai panduan hidup. 

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, jom teruskan pembacaan tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yang pertama di Jabal Nur.

Jabbal_An-Nour_-_Makkah_(2241558560).jpg

Penurunan wahyu pertama di Gua Hira 

Tahukah anda, wahyu pertama diturunkan pada 17 Ramadan di Gua Hira’, Jabal Nur melalui Malaikat Jibril AS? Surah pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi ialah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

Namun, apa itu wahyu? Wahyu ialah kalam Allah SWT yang disampaikan kepada nabi dan rasul. Wahyu pertama berlaku pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi. Malaikat telah menemui Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengasingkan diri dari kaum Quraisy di Gua Hira’. Baginda mengasingkan diri kerana kaum Quraisy masih bergelumangan dengan kegelapan jahiliyah seperti berjudi, berzina, menyembah berhala dan membunuh anak perempuan. 

Kemudian, malaikat telah mendatangi nabi dan berkata, “Iqra (bacalah)”. Maka Rasulullah menjawab, “Aku tidak boleh membaca.” Lalu malaikat pun menarik dan memeluk Nabi dengan kuat sehingga nabi berasa lemas. Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah, “Iqra (bacalah).” Rasulullah kemudian menjawab “Aku tidak tahu membaca.” Jibril kemudian memeluk Nabi dengan sangat erat sehingga baginda terasa lemas. Dipeluknya Rasulullah SAW sebanyak tiga kali dan mengajar Baginda membaca kalam Allah tersebut sehingga fasih. 

Kemudian, malaikat menyuruh Nabi SAW mengikutnya membaca potongan ayat Surah al-Alaq daripada ayat satu hingga lima, sehingga lancar. Setelah menerima wahyu, Nabi Muhammad SAW balik ke rumah dalam keadaan ketakutan dan meminta Saidatina Khadijah RA untuk menyelimutinya. 

Selepas peristiwa itu, ayat-ayat Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 22 bulan 22 hari atau 23 tahun, iaitu selama 13 tahun semasa berada di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Jumlah keseluruhan surah yang ada di dalam Al-Quran ialah 114 buah surah. 


Cara penurunan Al-Quran

  1. Dari Luh al-Mahfuz ke Baital-Izzah (langit dunia).
  2. Dari langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW (secara berperingkat setelah Baginda menjadi rasul).


Tiga cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 

  1. Wahyu dimasukkan oleh malaikat ke dalam hati.
  2. Malaikat Jibril akan melihatkan/menunjukkan diri sebagai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata sehingga Nabi Muhammad SAW dapat mengetahui dan menghafaz kata-kata tersebut.
  3. Wahyu yang datang seperti nyaring bunyi loceng.


Kepentingan penurunan wahyu

  1. Memberitahu perintah dan larangan Allah SWT kepada manusia.
  2. Mematahkan hujah orang kafir.
  3. Permasalahan manusia dapat diberikan kerana terkandungan semua perkara.
  4. Menjelaskan tentang perkara sam'iyat iaitu perkara-perkara ghaib.
  5. Terkandung kisah-kisah terdahulu yang penuh iktibar.


Hikmah Diturunkan Al-Quran Secara Beransur-ansur

1. Menguatkan hati Rasulullah SAW dalam menerima dan menyampaikan kalam Allah SWT

Ayat yang diturunkan dapat mengubat kesedihan dan kesulitan ketika menghadapi tentangan orang kafir yang merancang untuk membunuh Baginda, memulau dan mengenakan sekatan ekonomi, merampas harta umat Islam dan sebagainya. 

2. Tanda kemukjizatan Nabi

Al-Quran adalah mukjizat Nabi yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat. Dengan mukjizat ini, Nabi dapat menjawab persoalan yang diberikan oleh orang kafir yang bertujuan untuk melemahkan semangat Baginda. 

3. Supaya ayat yang diturunkan dapat dihafal dan difahami

Turunnya Al-Quran secara beransur dapat membantu Nabi untuk menghafal dan memahami ayat yang diturunkan. Hal ini kerana, Nabi amat takut jika Al-Quran tidak menyerap masuk de dalam hatinya. Para sahabat dan umat Islam juga dapat menghafal, memahami makna dan menerapkan ia dalam kehidupan seharian. 

4. Menjawab masalah atau isu masyarakat

Kandungan dalam Al-Quran lengkap untuk menjawab isu mengenai keimanan kepada Allah SWT, malaikat, kitab, para rasulnya, hari kiamat, kebangkitan dari kubur serta syurga dan neraka.

5. Membimbing masyarakat secara bertahap

Ayat Al-Quran yang diturunkan secara beransur dapat membantu umat ketika itu untuk meninggalkan sikap atau tradisi jahiliyyah yang diamalkan sejak berzaman lamanya. Sebagai contoh, Islam melarang untuk membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan. Kehadiran Islam telah mengangkat martabat wanita dan menunjukkan bahwa kedudukan wanita dan lelaki adalah sama di sisi Islam. 

Menurut hadis daripada Nu’man bin Basyir RA :

Template_doa_panjang_for_blog.png

Diharapkan perkongsian bermakna mengenai penurunan wahyu (iaitu Al-Quran) yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW dapat menambahkan kecintaan dan mendekatkan diri dengan al-Quran. Kerana hidup tanpa Al-Quran sangatlah rugi kerana jauh dari Kalam Allah SWT.

Related Articles

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Packages

Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy + Jeddah

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy + Jeddah/Al Ula

From MYR6,490
Ramadan
Card content

Umrah Ramadan Ustazah Asma' Harun

Special Program "Khatam Al-Quran & Tadabbur"

From MYR6,990
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850