Ramadan di Perantauan: Kisah Avaa Vanja Menggalas Amanah Muwazzafah di Tanah Suci

Marini Mat Zain

2026-03-12

Nama Avaa Vanja Ramli dikenali sebagai figura awam yang telah lama berada dalam industri kreatif dan komunikasi, dan seorang usahawanita berjaya. Terkini Avaa lebih fokus berkhidmat sebagai muwazzafah ikhlas.com dan sering berada di Makkah dan Madinah menguruskan jemaah-jemaah umrah. 

Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat sejak sekian lama banyak membentuk cara Avaa mendekati jemaah — dengan empati, disiplin dan ketegasan yang berlapik kasih. Dalam masa yang sama, Avaa mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan jemaah Umrah ikhlas.com, khususnya Muslimat, memastikan mereka bukan sahaja bersedia dari sudut fizikal dan logistik, tetapi juga emosi dan rohani sepanjang perjalanan ibadah. 

Ramadan kali ini adalah pengalaman pertama Avaa di perantuan sebagai muwazzafah. Menurut Avaa, Ramadan di perantauan sangat berbeza. Dia bukan hanya berpuasa untuk diri sendiri, tetapi dalam masa yang sama memikul amanah menjaga jemaah. Ia Ramadan yang penuh tanggungjawab, kurang rehat, tetapi sangat manis kerana setiap langkah terasa bernilai di sisi Allah.

2.jpg

“Cabaran utamanya ialah keletihan fizikal, perubahan waktu, dan komitmen kerja yang berterusan. Kadang-kadang kita perlu urus isu jemaah walaupun ketika hampir waktu berbuka atau selepas tarawih,” ujarnya tetapi masih gembira menunaikan tugas-tugasnya itu dengan penuh dedikasi. 

Suasana persekitaran mempengaruhi rutin sahur dan iftar. Jika di Tanah Suci, suasananya sangat hidup. Orang berbuka bersama, masjid penuh, suasana ibadah kuat. Sahur kadang ringkas, kerana perlu pastikan jemaah semua bangun dan bersedia. Iftar pula sering dalam keadaan sederhana, tetapi penuh keberkatan.

Manakala ketika berpuasa di Malaysia, ada bazar, keluarga, juadah pelbagai. Di Tanah Suci, lebih fokus kepada ibadah. Kurang hiburan dunia, lebih rasa akhirat. Itu yang menjadikan Ramadan di sana lebih tenang dan mendalam.

“Sebagai muwazzafah, kita belajar berdikari. Tiada bazar bukan alasan. Tiada komuniti besar bukan penghalang. Kita bina komuniti kecil sesama jemaah dengan berbuka bersama, tadarus bersama, saling menguatkan,” ujarnya lagi.

Momen paling bermakna sepanjang Ramadan di perantauan adalah saat melihat jemaah menangis dalam doa di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Bila mereka rasa doa dimakbulkan, rasa syukur itu tak boleh digambarkan. Itu momen yang buat Avaa rasa semua penat berbaloi.

Keadaan tersebut mendidik hati Avaa supaya lebih ikhlas. Bila jauh dari keselesaan, anda sedar bahawa yang benar-benar cukup hanyalah Allah. Hubungan diri dengan Allah jadi lebih bergantung, lebih tawakal.

Semestinya berjauhan dengan keluarga dalam keadaan darurat di Timur Tengah, rasa rindu kepada keluarga pasti datang. Ya, rindu itu pasti ada. 

“Saya seorang ibu. Anak saya Maleena sentiasa dalam doa saya. Saya pujuk hati dengan niat, setiap langkah saya ini juga untuk bekalan akhirat kami sekeluarga.”

3.jpg

Selain keluarga menjadi sumber kekuatan Avaa, strategi mengekalkan semangat berpuasa dan tarawih Avaa adalah dengan sentiasa menjaga niat. Dia susun jadual. Rehat bila perlu. Dan Avaa sentiasa ingat, mungkin ini Ramadan terakhirnya. Itu buat dia jadi kuat untuk terus ke masjid walaupun letih.

Kunci disiplin dan niat, semestinya kerja juga ibadah kerana ia membantu orang lain menyempurnakan Umrah mereka. Bila kerja diniatkan kerana Allah, ia tidak terasa membebankan.

Ramadan bukan tentang suasana, tetapi tentang hati. Di mana pun kita berada, jika hati dekat dengan Allah, Ramadan tetap indah.

“Ukhwah dengan petugas Haramain di perantauan utuh. Hubungan kami sangat kuat kerana sama-sama memikul amanah. Kami saling menyokong, berkongsi tenaga dan doa. Dalam kepenatan, kami belajar sabar dan husnuzon antara satu sama lain,” kata Avaa.

Avaa cuba mendengar dengan hati. Banyak masalah jemaah bukan sekadar teknikal, tetapi emosi dan kerohanian. Dia cuba tenangkan mereka, beri panduan yang jelas dan sentiasa pastikan mereka rasa tidak bersendirian.

Avaa tidak lokek berkongsi nasihat untuk muwazzafah dan muslim perantauan, jangan jadikan jarak sebagai alasan. Jadikan ia peluang. Niatkan setiap pengorbanan sebagai ibadah. Bina komuniti kecil walau hanya berdua atau bertiga. Dan paling penting, jaga hati — kerana Ramadan yang sebenar berlaku di dalam jiwa, bukan pada lokasi.

Ramadan di perantauan bukan tentang kehilangan suasana rumah, tetapi tentang menemukan makna sebenar penghambaan. Semoga ibadah kali ini lebih berkat dan semua petugas dan jemaah dilindungi yang maha esa. 

Umrah musim panas tiba lagi. Pakej Umrah 1447/1448 Hijrah (2026/2027) bersama ikhlas.com menawarkan pilihan yang berpatutan, mudah dan selamat untuk anda. Setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah jemputan untuk memperbaharui niat, memperkukuh doa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Related Articles

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Packages

Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Exlusive
Card content

Umrah Ustazah Asma' Harun

Umrah With Ustazah Asma Harun

From MYR8,290
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR9,990
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990