Kurma ‘butter’ Kegemaran Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

3/12/2024

Kurma dan bulan Ramadan sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi. Malah, permintaan kurma pada bulan Ramadan semakin tinggi. Kurma merupakan salah satu makanan sunnah Rasulullah yang dijamah di bulan suci ini, tidak kira semasa berbuka mahupun semasa bersahur di pagi hari. 

Namun, pernahkah anda mendengar kurma ‘butter’? 

Kurma_Butter.png

Baru, baru ini, ‘viral’ di laman sosial apabila bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi perkongsian beliau serta menyarankan rakyat Malaysia untuk mencuba kurma mentega kerana ini merupakan resipi yang sangat disukai oleh Rasulullah. 

Melalui perkongsian beliau di laman Instagram beliau, beliau turut berkongsi satu hadis iaitu:

Kurma_Butter_(1).png

Namun begitu, beliau turut memberikan pesanan kepada orang ramai untuk menggunakan mentega asli yang berkualiti tinggi dan bukannya marjerin. 

Kurma_Butter_(1).png

Dalam aspek kesihatan, doktor pakar kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Bin Awang dalam perkongsian beliau di laman instagram berkata bahawa dalam aspek kesihatan, kurma mempunyai ‘glycemic’ indeks yang tinggi, yang boleh menyebabkan kita lambat lapar. 

Oleh itu, anda boleh mengambil kurma ‘butter’ ini ketika sahur, tetapi haruslah berpada-pada, memadai hanya 2-3 ulas kurma sahaja sehari. 

Selamat berpuasa!