Jom Terokai Al-Safiyyah Museum & Park, Madinah

Nurul Atikah Sarji

2025-12-22

Selain Masjid Nabawi yang terkenal dan indah, Madinah kini ada satu lagi tempat menarik untuk jemaah haji dan umrah iaitu Al-Safiyyah Museum & Park. Tempat ini merupakan gabungan muzium dan taman yang sangat cantik dan memberi pengalaman yang istimewa kepada jemaah yang hadir. Muzium ini berkonsepkan moden dan ikteraktif, memaparkan pelbagai artifak kisah para nabi. 

Berdekatan dengan Masjid Nabawi, Madinah, muzium ini terletak di kawasan Bani Khidrah dan mempunyai keluasan lebih 4,400 meter persegi. Reka bentuk bangunannya sangat unik dengan gaya Arab. Tiket masuk juga sangat murah, iaitu hanya SAR 15 sahaja!

_Template images for blog 2.0 (88).jpg

Pameran Kisah Penciptaan Alam
Tarikan utama muzium ini ialah pameran kisah penciptaan alam semesta. Pengunjung boleh melihat pameran visual 3D dan interaktif tentang bagaimana dunia dicipta. Pameran disediakan dalam Bahasa Inggeris dan terdapat juga juru bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris yang menceritakan pelbagai kisah nabi dan bagaimana bumi ini terbentuk, menjadikan pengunjung dapat lebih mendalami. 

_Template images for blog 2.0 (91).jpg

_Template images for blog 2.0 (92).jpg

Muzium ini juga bercerita tentang kisah lima Rasul Ulul Azmi iaitu Nabi Adam A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sejarah dan Artifak Islam
Selain itu, ada juga pelbagai manuskrip lama, seperti salinan al-Quran zaman dahulu yang sangat jarang ditemui. Pengunjung boleh belajar tentang sejarah dan budaya kota Madinah.

_Template images for blog 2.0 (93).jpg

BACA: 7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

_Template images for blog 2.0 (95).jpg

Taman yang Cantik dan Tenang
Sebelum masuk muzium, pengunjung akan lalui taman yang tenang dengan aliran air yang mengalir perlahan. Dinding taman dihiasi dengan 25 nama Rasul yang diukir cantik. Taman ini juga sangat sesuai untuk ambil gambar kenangan. Muzium ini juga mempunyai taman landskap, laluan air serta laluan pejalan kaki yang sangat selesa. 
_Template images for blog 2.0 (89).jpg

_Template images for blog 2.0 (86).jpg
Al-Safiyyah Museum & Park sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Di sini, anda boleh belajar sejarah Islam, melihat artifak lama, memahami kisah para nabi, dan berehat di taman yang tenang. Kalau anda ke Madinah, jangan lupa singgah ke sini!

Alamat: FJ76+964, First Ring Rd - King Faisal, Bani Khidrah, Madinah 42311, Saudi Arabia
Telefon: +966 53 352 2454
Waktu Buka: 6 pagi – 2.30 pagi
Tiket Masuk: SAR 15-20 sahaja