Wajib Isi Kad Ketibaan Digital untuk Masuk ke Thailand
Nurul Atikah Sarji
2025-08-30
Mulai 28 April 2025, rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Thailand perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) melalui pautan ini sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perjalanan, bagi kemasukan bermula 1 Mei.
Menurut Bangkok Post, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Thailand untuk menggantikan sistem lama iaitu borang ketibaan kertas TM6, yang telah dihentikan penggunaannya sejak tahun lalu. Permohonan TDAC boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi TDAC, menggantikan keperluan mengisi borang fizikal semasa ketibaan.
Semua pelancong asing kini perlu mengemukakan maklumat seperti butiran peribadi, nombor dan maklumat passport, itinerari perjalanan dan penginapan serta status kesihatan terkini. Selepas permohonan TDAC dilengkapkan, pelancong akan menerima e-mel pengesahan yang perlu ditunjukkan bersama dokumen perjalanan lain semasa ketibaan di Thailand.

TDAC ini bukanlah visa, tetapi ia merupakan sistem pendaftaran digital yang direka untuk memudahkan urusan kemasukan serta meningkatkan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa. Sistem ini akan diguna pakai untuk semua jenis laluan masuk, sama ada melalui udara, darat mahupun laut.
Laman web TDAC kini menyediakan lima bahasa utama iaitu Inggeris, Cina, Korea, Rusia dan Jepun.
Jadi, bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand, jangan lupa untuk melengkapkan TDAC sebelum berlepas, bagi mengelakkan sebarang kesulitan di pintu masuk negara itu.
Ingin melancong ke Thailand bersama ikhlas.com? Layari pautan ini sekarang!
Related Articles
Packages


