Tip Travel ke Korea Mengikut Musim

Hanan Latip

2/7/2024

2.png

Ingin melancong ke Korea tapi tak tahu persiapan yang perlu dilakukan kerana mereka mempunyai 4 musim? Kami akan kongsikan kepada anda tip kepada anda! 

Apabila berada di negara yang mempunyai 4 musim seperti Korea Selatan, pastikan anda mengetahui dan kenali cuaca, pakaian dan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan sepanjang percutian tersebut. Jadi, pastikan anda memilih bulan yang tepat untuk melancong. 

Dengan itu, percutian anda akan dipenuhi dengan perkara yang menarik dan istimewa kerana berlaku pada musim itu sahaja! Teruskan membaca untuk ketahui tip bercuti ke Korea mengikut musim.

Musim Bunga 

Ingin merasai musim bunga di Korea? Anda boleh berkunjung ke Korea pada bulan Mac hingga Mei! Inilah waktu terbaik bagi sesiapa yang mahu membiasakan diri dengan negara 4 musim kerana cuacanya yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Dengan suhu 10-20 darjah celsius di Korea, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat pohon bunga sakura yang sedang mekar di persekitaran Korea. Jadi, anda digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa seperti cardigan, long john, muffler dan sebagainya bergantung kepada ketahanan badan anda. 

Antara festival yang berlaku ketika musim bunga yang anda boleh sertai ialah Festival Bunga Jinhea.

Musim Panas

Musim panas pula berlaku pada bulan Jun hingga Ogos. Ketika ini, suhu musim panas boleh mencecah di antara 19-28 darjah celsius. Jadi, anda digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa dan mampu menyerap peluh seperti material kapas. 

Anda boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan kipas mini dan sediakan botol berisi air masak kerana risau jatuh sakit atau terkena strok haba.

Musim Luruh 

Selepas musim panas berlalu, diganti dengan musim luruh. Musim luruh ialah musim yang mempunyai cuaca sejuk dan kering. Ketika ini, anda berpeluang untuk memakai pakaian yang lebih 'ringan' daripada pakaian musim sejuk kerana suhu ketika ini sekitar 15 hingga 25 darjah celsius.

Antara pakaian yang anda digalakkan untuk memakai pakai seperti heattech dan long john untuk mengekalkan kehangatan. Kemudian, lapiskan ia dengan jaket, cardigan, windbreaker atau trench coat.

Boleh juga sediakan stokin panjang dan sarung tangan sebagai persediaan jika tidak tahan cuaca sejuk musim luruh. 

Musim Sejuk 

Musim sejuk akan sedikit mencabar bagi sesiapa yang tidak tahan sejuk tetapi ingin datang ke Korea pada bulan Disember hingga Februari. Dengan suhu yang boleh mencecah -10 darjah celsius, anda memerlukan 3 lapis pakaian untuk mengekalkan kehangatan badan. 

Maka, anda perlu pakai beberapa lapisan pakaian yang sesuai seperti di bawah. 

Lapisan pertama: Heattech atau long john untuk memastikan kulit sentiasa kering

Lapisan kedua: Baju yang tebal 

Lapisan ketiga: Pakaian luaran seperti jaket tebal

Pastikan anda membawa stokin panjang, sarung tangan, muffler dan pakai boots yang tebal dan bersesuaian untuk musim sejuk. Dengan persiapan yang lengkap, anda boleh sertai Festival Tanglung Seoul! 

3.png

Jadi antara 4 musim di atas, musim apa yang menjadi pilihan anda untuk melancong ke Korea? 

Kini, ikhlas.com Travel menawarkan percutian yang yang murah dan berbaloi ke Korea Selatan untuk anda semua. Tidak percaya? Anda boleh layari ikhlas.com untuk maklumat lanjut!