Tip Travel ke Korea dalam Bajet

Ayu Nadirah

12/15/2023

Adakah anda sedang merancang perjalanan ke Korea, tapi takut kalau kosnya di luar kemampuan? Di sini kami kongsikan beberapa tip melancong ke Korea yang boleh jimatkan perbelanjaan tanpa membocorkan poket anda sepanjang berada di sana. 


TIKET PENERBANGAN

AA_aircraft.jpg

Perancangan awal sudah tentu melibatkan tiket penerbangan ke Korea. Sewaktu menempah tiket, anda boleh cuba elakkan musim kemuncak seperti bulan Julai ke Ogos dan Disember ke Januari, iaitu musim panas dan sejuk di sana. Biasanya harga tiket lebih mahal pada waktu ini.


PERTUKARAN MATA WANG

won_money.jpeg

Salah satu cara untuk berjimat adalah dengan menukar duit di kiosk pertukaran mata wang yang kecil di kawasan tumpuan pelancong. Mereka menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding di bank atau lapangan terbang.


TEMPAT PENGINAPAN

ibis_insadong.jpg
Ikhlas Travel memilih Ibis Insadong sebagai tempat penginapan yang ditawarkan dalam pakej kami kerana faktor keselesaan dan lokasi makanan halal.

Korea mempunyai beberapa jenis penginapan mengikut bajet. Jika anda mempunyai bajet yang agak terhad, boleh menginap di motel atau guesthouse. Biarpun murah, tapi ia kemas dan selesa untuk bermalam. Anda juga boleh tempah penginapan yang lebih mewah untuk hari Isnin hingga Jumaat, kerana kebanyakan penginapan ditawarkan dengan harga yang lebih murah pada hari berkenaan.


PENGANKUTAN AWAM

Seoul_bus.jpg

Negara ini memang terkenal dengan sistem pengangkutan yang cekap dan sistematik. Untuk di bandar besar seperti Seoul dan Busan yang biasanya sesak, anda boleh ambil alternatif subway. Jika merancang untuk ke beberapa bandar dalam jangka waktu yang pendek, anda boleh gunakan KORAIL Pass iaitu pas perjalanan tren khusus untuk pelancong. Penting juga untuk bijak merancang jadual perjalanan anda, di mana anda boleh saja berjalan kaki di lokasi tarikan yang jaraknya berdekatan.


MAKANAN LOKAL

bibimbap.jpg
Bibimbap

Kunjungan ke Korea mesti tidak lengkap jika tidak menikmati makanan lokal mereka. Makanan Korea adalah simbolik kepada budaya mereka yang menggambarkan keunikan dan kemurahan hati rakyatnya. Biasanya makanan tradisi orang Korea adalah hidangan utama yang datang dengan pelbagai hidangan sampingan yang menjadi pelengkap rasa. Anda boleh juga nikmati banyak lagi makanan unik Korea di convenience store dan pasar mereka dengan harga yang lebih murah. 


LOKASI TARIKAN

gyeongbokgung-palace_edit.jpg
Gyeongbokgung Palace

Tak sah kunjungan ke Korea kalau anda tak lawati tempat tarikan budaya mereka seperti muzium atau tarikan semula jadi berdekatan laut atau pergunungan. The National Museum of Korea dan Gyeongju National Museum antara lokasi yang boleh anda singgah untuk melihat peninggalan budaya berharga Korea. Paling menarik adalah, anda boleh masuk ke kedua-dua tempat ini dengan percuma!

Dapat semua info ni barulah semangat nak berjalan ke Korea tu dah semakin membuak-buakkan? Seterusnya, jom baca pula 8 Sebab Kenapa Korea Negara Mesra Pelancong.

  • Pakej trip mesra Muslim ke Korea Selatan: Seoul