Jangan Berat Mulut & Tip Solo Travel ala Pojiegraphy

Nurul Atikah Sarji

7/15/2024

Template_images_for_blog_(11).png

Perjalanan secara solo atau lebih dikenali sebagai ‘solo travel’ merupakan satu ‘trend’ bagi individu yang mengembara secara sendirian, tanpa keluarga mahupun rakan. Ramai yang mengatakan bahawa solo travel dianggap lebih menyeronokkan oleh sebahagian orang. Bahkan, ada juga yang berpendapat bahawa, ‘solo travel’ ini dilakukan kerana ingin menikmati kebebasan, belajar untuk berdikari, atau mencari pengalaman baru. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ‘solo travel’ juga mempunyai cabaran dan risiko tersendiri.

Pempengarauh media sosial dan ‘traveler’, Pojiegraphy, mendedahkan bahawa ‘solo travel’ membawa kesan yang positif iaitu aktiviti ini mengajarnya untuk mencabar dirinya sendiri. Dek kerana dirinya merupakan seorang ‘introvert’ (suka menyendiri), ‘solo travel’ banyak mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang lebih berani dan tidak ‘berat mulut’. 

Solo_Travel_Pojie_(1).png

“Saya seorang yang introvert. Kadang-kadang saya 'frust' dengan diri sendiri kerana susah untuk mendekati orang. Namun, dalam situasi profesional, saya akan berubah menjadi orang lain dan terpaka berkomunikasi lebih mudah.

“Jadi, saya jadikan perjalanan solo ini sebagai cara untuk memudahkan saya bercakap dan tidak ‘berat mulut’. Memang susah sebenarnya. Ketika itu, saya pergi ke Korea Selatan. Bukan Seoul, tetapi ke tempat-tempat seperti Gyeongju dan Yeosu, yang merupakan kota-kota yang hanya dikunjungi oleh warga tempatan. Memang susah, jadi nak tak nak, saya terpaksa bertanya,” katanya eksklusif ketika ditemu ramah oleh ikhlas.com. 

Dan apa yang penting, di sebalik cabaran yang bakal dihadapi ketika mengembara secara bersendirian, Pojiegraphy juga menjelaskan bahawa sebenarnya, kita boleh lihat kebaikan perjalanan solo. Aktiviti ini sebenarnya membuka jalan untuk kita mengenali lebih ramai orang.

Jadi, 'jangan berat mulut'. Selain itu, Pojiegraphy berkata ‘solo travel’ ini bukan sahaja untuk lelaki, tetapi pada masa ini, ramai wanita di luar sana berjinak-jinak untuk mengembara secara bersendirian. Namun persoalannya, adakah ini selamat?

“Nak cakap, tidak selamat untuk wanita pun tak boleh juga. Sebab di mana-mana pun tidak selamat. Kita terdedah kepada bahaya di mana-mana sahaja,” katanya. 

Selain itu, Pojiegraphy juga berkongsi beberapa tip bagi sesiapa yang ingin memulakan pengembaraan secara bersendirian. 

Jangan beritahu anda ‘travel’ secara sendirian kepada warga lokal atau sesiapa pun. 

“Ramai yang bertanya, apa tip perjalanan solo ini. Jadi, berdasarkan pengalaman saya, paling penting, jika ada warga tempatan yang bertanya, tidak kira siapa pun, jika dia bertanya ‘travel dengan siapa’, jangan cakap kita travel sorang-sorang. Kita tak tahu siapa yang bertanya, mungkin orang jahat,” katanya. 

‘Be simple’ dan ‘light packing’!

Menurut Pojiegraphy, jangan berpakaian terlalu 'extra' ketika anda ‘solo travel’. Cuba untuk ‘blend’ dengan warga tempatan. Sebaiknya, ‘be simple’ dan tidak membawa barang terlalu banyak. Adalah lebih baik untuk anda membawa barang tidak terlalu banyak dan tidak menggunakan beg roda. Menurutnya, beg roda akan lebih menarik perhatian orang.

Mulakan ‘solo travel’ ke tempat yang dekat dan kurang berisiko

Bila kita pergi sendirian, tentu sekali kita akan banyak bercakap dengan orang. Kadang-kadang, kita mungkin akan dapat kawan baru. 

“Jadi, mulakan daripada usia muda. Pergi jalan-jalan mula dari dalam negara. Mungkin perjalanan solo di Selangor, seperti di Kuala Kubu Bharu. Anda boleh mulakan dari tempat yang dekat-dekat dan kurang berisiko."

“Bila dah rasa yakin dengan diri, barulah pergi ke tempat yang jauh-jauh. Pergi ke tempat yang berbeza bahasa dan budaya. Pergilah keluar, pergi sendiri dan nikmati sahaja perjalanan itu!”

Semoga tip yang diberikan memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin melancong secara bersendirian. Tetapi, masih takut untuk 'solo travel'? Jom terokai dunia luar Dengan ikhlas.com sekarang!

Template_images_for_blog_(12).png