8 Tip Elak Kena Tipu dengan Agensi Pelancongan

Hanan Latip

1/29/2024

Orang yang nak bercuti akan pilih pihak agensi pelancongan lagi-lagi bila hendak ke tempat yang tidak diketahui dan inginkan percutian yang mudah diuruskan agensi. Sebab mudah, cepat, dan diuruskan oleh pihak yang arif!

Tapi, dalam berseronok untuk bercuti, pastikan anda memilih syarikat yang bagus dan dipercayai agar percutian anda menjadi kenyataan. 

Nak tahu? Teruskan membaca artikel di bawah untuk elakkan diri anda di tipu dengan agensi pelancongan!


TIP ELAK KENA TIPU DENGAN AGENSI PELANCONGAN

1. Reputasi Syarikat

Ikhlas_star_review.png

Dalam mencari pakej pelancongan yang bersesuaian, pastikan syarikat tersebut memiliki reputasi baik dan ulasan positif dan baik dari pelanggan mereka. Ulasan ini boleh didapati dari media sosial, Google Reviews atau cadangan rakan atau keluarga. Dari situ, anda dapat menapis sebahagian besar syarikat yang tidak mengikut kriteria.


2. Pengalaman Orang Sekeliling

Screenshot_2024-02-21_at_4.20.03_PM.png

Cara lain, anda boleh mengambil cadangan dari rakan atau ahli keluarga. Mereka yang telah merasai pengalaman dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan tersebut pasti akan menceritakan banyak peristiwa tak kisah pahit ataupon manis!


3. Lesen

Screenshot_2024-02-21_at_4.22.02_PM.png

Setiap syarikat di Malaysia yang mengendalikan pakej pelancongan dalam dan luar negara memerlukan lesen seperti KPK/LN:8610 dan lesen untuk pengendalian umrah adalah Lesen Khusus Umrah (LKU:184).

Anda boleh periksa syarikat tersebut telah berdaftar atau tidak, di laman web ini.


4. Mempunyai Komunikasi yang Baik

Screenshot_2024-02-21_at_4.37.55_PM.png

Pilih agensi yang mampu memberikan segala maklumat yang secukupnya. Mereka juga mampu menjawab segala pertanyaan mengenai perjalanan dan prihatin dengan maklumat terkini mengikut tempat yang ingin pergi. Contohnya, hal penerbangan, hotel dan makanan terutama bila ke luar negara. 

TIP: Jika pihak agensi pelancongan asyik mengelak dan tidak tahu perkara-perkara asas di dalam hal-hal pelancongan, anda harus berwaspada!


5. Tahu Destinasi Yang Ingin Dikunjungi

Screenshot_2024-02-21_at_4.49.34_PM.png

Agensi yang berpengalaman dan bagus pasti memiliki pengetahuan tentang destinasi yang ingin kunjungi. Ini melibatkan tempat-tempat yang akan dikunjungi, aktiviti yang ditawarkan dan info yang lain. 


6. Harga Yang Ditawarkan

Screenshot_2024-02-21_at_4.51.24_PM.png

Setelah mengetahui destinasi, tempat-tempat yang akan dikunjungi, aktiviti yang bakal dilakukan dan jenis hotel bakal diinap, dari situ anda dapat tentukan sama ada harga tersebut ialah harga masuk akal atau tidak. Jangan cepat percaya jika harga pakej bila ia terlalu murah!

Usah malu untuk bertanya jika ada hidden cost di dalam sesetengah aktiviti.


7. Kaedah Pembayaran

Screenshot_2024-02-21_at_4.55.51_PM.png

Ini perkara penting yang anda kena periksa. Pastikan pembayaran dilakukan terus ke akaun syarikat agensi pelancongan, dan bukannya nama individu. Suarakan kemusykilan jika ini terjadi.

Pastikan pembayaran boleh dilakukan secara tunai dan elektronik. Kemudian, pastikan pihak agensi mengeluarkan resit bayaran rasmi dan perincian pakej kerana ia wajib diberikan kepada pelanggan. 

Untuk keselamatan, anda digalakkan menyimpan resit transaksi dan resit rasmi untuk rujukan atau tuntutan. 


8. Memahami Terma dan Syarat

Tidak dilupakan, anda juga perlu memahami terma dan syarat yang diberikan agensi pelancongan terutamanya apabila melibatkan pertukaran dan pembatalan. Dari sini, anda boleh mengetahui hak-hak yang anda patut dapat dan mengetahui apa yang tidak disediakan oleh pihak agensi. 

Akta Industri Pelancongan 1992 boleh dijadikan rujukan kerana setiap pelancongan Malaysia dilindungi di bawah akta ini. 


Diharapkan tip di atas memudahkan anda untuk membuat keputusan setelah melakukan banyak tinjauan syarikat-syarikat pelancongan yang anda ingin gunakan. 

Prestasi ikhlas.com (Umrah & Travel) yang sememangnya dipercayai dan telah didaftar di MOTAC menjadikan kami adalah pilihan terbaik untuk melancong ke luar negara. Gunakan saja khidmat Ikhlas Travel untuk membawa anda ke Korea Selatan!