6 Jenis Penginapan di Korea Mengikut Bajet Anda!
Ayu Nadirah
1/24/2024
Tempat penginapan menjadi antara faktor yang menentukan kualiti perjalanan ke negara asing. Ramai yang sanggup berhabis dalam menempah penginapan yang cantik dan selesa, semata-mata untuk menikmati percutian dengan sebaiknya. Anda berancang untuk ke Korea dan masih tidak pasti mahu menginap di mana? Korea Selatan menawarkan pelbagai jenis penginapan yang boleh disesuaikan dengan bajet anda. Bermula dengan penginapan tradisi hanok hinggakan penginapan moden di hotel mewah, perjalanan ke Korea pastinya membuahkan pengalaman menginap yang berbeza berbanding negara lain yang pernah anda kunjungi.
Hotel

Motel
Untuk penginapan yang lebih menjimatkan kos, anda boleh menginap di motel. Biarpun ia lebih murah, penginapan motel juga ada yang menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang lengkap. Katil yang selesa, televisyen, kamar mandi yang luas dan ada juga yang dilengkapi meja kecil dengan komputer untuk memudahkan tetamu yang datang atas urusan kerja. Selain itu, kebanyakan motel juga terletak di tengah-tengah pusat bandar atau kawasan komersial yang membolehkan anda bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan lebih mudah.
Guesthouse
Penginapan jenis ini popular dalam kalangan golongan muda. Antara kelebihan guesthouse adalah ianya lebih murah berbanding penginapan yang lain. Banyak jenis guesthouse yang ada di Korea Selatan bergantung kepada keperluan seseorang. Terdapat jenis dorm, bilik seorang atau berdua dan guesthouse untuk wanita sahaja. Selain itu, guesthouse juga mudah dijumpai di kawasan yang kerap menerima kunjungan pelancong. Lokasinya strategik dan mudah akses kepada tempat tarikan yang lain seperti di Hongdae, Yeonnam-dong dan Seongsu-dong di Seoul, Haeundae dan Gwangalli di Busan, serta Jeju, Gyeongju dan Jeonju.
Hanok
Pension

Pool villa pension dengan kolam renang besar adalah paling popular di Korea. Villa jenis ini menawarkan keindahan tersendiri dengan pemandangan laut atau pergunungan, membolehkan tetamu berehat dalam suasana penuh mewah. Jijimjilbang pension pula membawakan kemudahan sauna privasi dalam bilik tetamu, supaya anda boleh menikmati sauna tanpa gangguan sepanjang menginap di pension berkenaan. Kids pension pula menjadi pilihan terbaik ibu bapa yang bercuti bersama si kecil. Pension jenis ini menawarkan suasana seperti taman tema air dengan kemudahan hiburan yang mesra kanak-kanak.
Glamping

Jadi penginapan mana yang menjadi pilihan hati? Adakah yang berkonsepkan moden atau anda suka lari daripada kebiasaan dan memilih hanok atau glamping? Cubalah untuk mengenali budaya asing dengan lebih dekat ketika anda berjalan ke negara lain. Selain tempat tarikan pelancong, inap percutian yang ada di sesebuah negara turut memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada budaya unik mereka.
- Semak senarai penginapan juga servis yang IKHLAS Travel telah sediakan dalam pakej Seoul dan Busan di pautan ini: https://ikhlas.com/travel/