5 Tempat 'Shopping' Dengan Harga Murah di Jakarta
Nurul Atikah Sarji
9/5/2024
.png)
Sebut saja Jakarta, sudah tentu perkara utama yang akan terlintas di fikiran kita mestilah nak shopping. Ramai di kalangan rakyat Malaysia sering berkunjung ke ibu kota Indonesia itu untuk tujuan membeli pakaian seperti kebaya, batik, kemeja dan sebagainya. Jom kita ketahui lima kompleks membeli belah di kota metropolitan Jakarta!
.png)
1. Pasar Tanah Abang
Berlokasi di Jalan Kebon Jati, Jakarta Pusat, Pasar Tanah Abang merupakan destinasi pusat membeli-belah yang sangat terkenal. Pasar ini sangat terkenal sebagai syurga membeli belah bukan sahaja bagi penduduk setempat, tetapi juga untuk pelancong dari luar negara. Di Pasar Tanah Abang, pengunjung dapat menemukan pelbagai pakaian seperti kebaya, batik dan sebenarnya. Menariknya lagi, pasar ini menawarkan harga borong yang sangat murah. Kawasan ini terbahagi dalam tujuk blok, iaitu Blok A, Blok B, Block C, Blok F, Blog G, Pusat Grosir Central Tanah Abang, dan Pusat Grosir Metro Tanah Abang. Setiap blok memiliki kategori produk yang berbeza.
.png)
2. Pasar Baru Jakarta
Terletak di Jakarta Pusat, Pasar Baru Jakarta merupakan tempat membeli belah dalam kalangan warga lokal. Pengunjung boleh mendapatkan item fesyen yang sangat murah berbanding pusat membeli belah yang lain.
3. Thamrin City
Bagi mereka yang suka membeli belah, Thamrin City merupakan pusat membeli belah di kawasan Tanah Abang yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis pakaian. Thamrin City juga menjadi tempat kegemaran bagi mereka yang sedang mencari kebaya yang murah dan berkualiti. Terdiri daripada tujuh tingkat, pengunjung boleh berkunjung ke Thamrin City yang terletak di Jalan Thamrin Boulevard, Jakarta Pusat.
.png)
4. Pasar Pagi Mangga Dua
Pasar Pagi Mangga Dua sangat terkenal sebagai pusat kain yang paling lengkap di Jakarta Utara. Tempat ini menjual pelbagai jenis pakaian, keperluan rumah tangga dan sebagainya. Tempat ini juga sering dikunjungi oleh mereka yang mencari kain untuk kebaya majlis graduasi atau perkahwinan. Harga di sini sangat berpatutan dan menariknya lagi, harga di sini boleh ditawar. Pasar ini terletak di Jalan mangga Dua, Jakarta Utara.
5. Pasar Senen
Suka thrifting? Pasar Senen merupakan tempat yang wajib untuk dikunjungi. Pasar ini merupakan satu tempat kegemaran ramai untuk membeli pelbagai jenis pakaian terpakai namun berkualiti di Jakarta Pusat. Di sini juga, pengunjung boleh mendapatkan pakaian berjenama dengan harga yang sangat berpatutan. Selain pakaian, terdapat juga pasar tradisional yang menjual barangan keperluan harian. Lokasinya terletak di Jalan Stasiun Senen, Jakarta Pusat.
.png)
Teringin untuk mengunjungi kompleks membeli belah di atas? Jom pergi bersama ikhlas.com sekarang!