5 Fakta Menarik Mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (Whoosh) Dari Jakarta ke Bandung
Nurul Atikah Sarji
9/10/2024
Projek kereta api berkelajuan tinggi (Whoosh) Jakarta-Bandung adalah usaha untuk menghubungkan Jakarta dan Bandung di negara jiran, Indonesia. Ini merupakan kereta api berkelajuan tinggi pertama di negara tersebut, yang bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar dari kira-kira empat jam menggunakan kereta api konvensional kepada hanya sekitar kurang satu jam.
Jom kita ketahui lima fakta menarik mengenai kereta api ini!
- Kereta api ini merupakan kereta api pertama di Asia Tenggara yang beroperasi dari Jakarta ke Bandung di Jawa Barat yang beroperasi yang mampu membawa 600 penumpang dalam satu perjalanan pergi dan balik yang hanya memakan masa 45 minit sahaja!
- Kereta api ini dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), yang merupakan kerjasama antara empat syarikat dari Indonesia dan China Railway International Co.
- Projek besar ini menelan kos sebanyak $7 billion, yang merupakan hasil kolaborasi antara Indonesia dan China serta merupakan sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Belt and Road China, termasuklah pembangunan prototaip kereta api tersebut.
- Pada 2 Oktober 2023, kereta api ini dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Stesen Halim, Jakarta, menandakan selesainya projek Kereta Api Laju ini. Nama ‘Kereta Api Whoosh’ yang diperkenalkan itu membawa maksud ‘Waktu Hemat, Operasi Optimal dan Sistem Hebat’.
- Kereta api ini mula berorperadi sepenuhnya pada 17 Oktober 2023, setelah kesemua garis panduan dan peraturan bagi pengoperasian telah ditetapkan di Indonesia.
Haa menarik kan? Teringin untuk menaiki kereta api ini?
IKHLAS Travel menawarkan pakej penuh dan menarik untuk menerokai kota metropolitan Jakarta dan Bandung serta pengalaman untuk menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi (Whoosh) dengan penginapan hotel mesra Muslim, pengangkutan yang selesa, makanan tempatan halal serta lawatan ke beberapa tempat bersejarah. Tempah sekarang hanya di ikhlas.com melalui pautan ini.