Realiti Travel ke Jepun 2026: Pelancong Kena Bayar Lebih?
Nurul Atikah Sarji
2025-08-25
Jepun, negara matahari terbit menjadi destinasi yang kian popular untuk dikunjungi. Menurut laman web ‘Travel and Tour World’, negara ini bakal melaksanakan beberapa perubahan penting dalam dasar pelancongannya menjelang 2026 bagi menangani isu pelancongan berlebihan (overtourism) yang semakin ketara.
Kenaikan Cukai Pelancongan & Penginapan
Kerajaan Jepun sedang pertimbangkan untuk memperkenal cukai pelancongan nasional yang akan dikenakan kepada pelancong asing. Walaupun kadar cukai ini belum ditetapkan, ia dijangka akan dimasukkan ke dalam bil penginapan harian, seperti sistem yang digunakan di beberapa negara Eropah dan Carribean. Sebagai contoh, kota Hokkaido merancang untuk mengenakan cukai penginapan antara ¥100 hingga ¥500 (sekitar RM3 hingga RM15) setiap malam bermula April 2026.
Langkah ini diambil untuk membiayai pembangunan infrastruktur dan pengurusan pelancongan supaya menjadi lebih baik.

Pelancong Asing Bayar Lebih
Ya, pelancong asing dikenakan bayaran lebih di beberapa destinasi popular di Jepun berbanding penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Resort Ski Niseko, pelancong asing dikenakan bayaran ¥6,500 sehari, manakala penduduk tempatan hanya ¥5,000.
Kawalan Pelancong di Tapak Warisan & Alam Semula Jadi
Jepun sememangnya kaya dengan tapak warisan serta alam semula jadi yang memukau. Kawasan pelancongan seperti Gunung Fuji akan dihadkan bilangan pelancong harian serta kadar bayaran masuk akan dinaikkan. Sebagai contoh, yuran masuk ke Gunung Fuji dinaikkan kepada antara ¥3,000 hingga ¥5,000 bermula musim panas 2025. Manakala, di Kyoto, cukai penginapan akan dinaikkan secara progresif, dengan kadar tertinggi mencapai ¥10,000 (sekitar RM315) setiap malam untuk penginapan mewah.
Jadi, bagi pelancong dari Malaysia, perubahan ini jelas menunjukkan kos melancong ke Jepun pada tahun hadapan akan meningkat. Seeloknya anda perlu merancang percutian ke negeri matahari terbit ini.
Ingin pergi ke Jepun bersama ikhlas.com Travel pada tahun ini? Anda boleh segera layari pautan ini untuk info lebih lanjut!