Tenjin-san: Pasar Lambak Ikonik di Kuil Kitano Tenmangu
Marini Mat Zain
2025-12-27
Jika kebetulan anda berada di Kyoto, Jepun pada 25 haribulan, pastikan Pasar Lambak Tenjin-san ada dalam senarai destinasi anda. Ia diadakan di Kuil Kitano Tenmangu yang berusia lebih 1,078 tahun. Sebanyak 1,000 gerai berbaris di sepanjang luar serta di sekitar kawasan kuil.


Majoriti gerai menjual pakaian seperti kimono terpakai, dan juga barangan antik seperti tembikar, buku lama, aksesori antik, dan banyak lagi. Terdapat juga tempat makan, termasuk gerai makanan yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya. Dengan suasana seperti pesta kecil, ia pasti menjadi acara yang menyeronokkan untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
MAKLUMAT TENTANG PASAR LAMBAK TENJIN-SAN
Tarikh: Setiap 25 haribulan setiap bulan
Waktu: Sekitar 08:00 pagi – 16:00 petang (perubahan waktu ikut musim)
Saranan: Rancang lawatan ke kuil waktu pagi kerana keadaan lebih tenang dan gambar pun cantik.
Tenjin-san adalah salah satu daripada dua pasar terbaik di bandar ini. Pasar lambak ini dinamakan sempena Sugawara no Michizane, seorang penyair dan sarjana abad ke-9 yang merupakan pelindung ilmu pengetahuan di Jepun.
Pasar ini juga menjadi alasan terbaik untuk melawat Kuil Kitano Tenmangu, salah satu kuil kegemaran ramai di Kyoto. Ia adalah kuil yang sangat popular di kalangan rakyat Jepun.

Kuil Kitano Tenmangu, mempunyai status sebagai kuil induk bagi lebih daripada 10,000 kuil Tenmangu di Jepun. Ia merupakan salah satu lokasi terbaik untuk melihat bunga plum di Kyoto, dengan taman plum yang menempatkan kira-kira 1,500 pokok plum daripada 50 variasi di kawasan begitu luas saujana mata memandang.
Pengunjung juga boleh menikmati suasana sekitar kuil sambil melihat seni bina tradisional Jepun atau sekadar bersiar-siar di taman yang luas dan rapi. Kuil ini bukan sahaja menarik dari segi alam semula jadi dan budaya, tetapi juga menjadi tempat pelancongan yang mesra keluarga dan Muslim-friendly, kerana banyak restoran halal dan ruang solat berdekatan.
RESTORAN HALAL
- Honolu Grande Kyoto Halal Restaurant – restoran halal dengan ramen, wagyu dan lauk Jepun serta kemudahan ruang solat di bangunan mereka.
- Halal Ramen Ayam Ya Karasuma Kyoto – ramen halal popular dan murah di Kyoto.
- Halal Gyumon Kyoto – yakiniku / wagyu halal, pilihan terbaik untuk makan bersama keluarga.
- Halra – restoran halal lain dengan rating tinggi.
- Mabrur Halal Dining Kyoto – tempat makan halal popular dengan menu Jepun / Asia.
- Salman & Sohel Halal Kitchen – masakan India Muslim dengan rating tinggi.
- Arash's Kitchen, Numan & Nehan halal kitchen – pilihan kasual halal yang baik.
- Halal Wagyu Ramen Shinjuku-Tei Gion Kyoto – ramen halal di Gion.
- Halal Ramen Honolu Premier Kyoto Nishiki & halal Honolu’s Wagyu Udon Kyoto – variasi halal ramen dan udon.
- Wagyu Panga Kyoto Gion-shijo – wagyu halal lebih premium.
- Halal Darbar & Mezopotamia Kebab House – pilihan lain dengan menu roti / kebab / kombinasi.
MUSIM PALING SESUAI KE KYOTO
- Musim Sakura (Mac–April) dan Musim Luruh (Okt–Nov) adalah masa paling cantik.
- Kyoto lebih tenang dan kurang pengunjung pada Musim Sejuk (Dis–Feb).
TEMPAT MENARIK DI KYOTO
Kitano Tenmangu & Tenjin-san Flea Market: Kuil bersejarah dibina pada 947 M. Pasar lambak setiap 25 haribulan: barangan vintage, kimono terpakai, antik, street food halal.
Arashiyama Bamboo Grove: Terowong buluh ikonik, suasana damai, diiktiraf sebagai salah satu “100 Soundscapes of Japan”. Sesuai untuk fotografi dan berjalan santai.
Togetsukyo Bridge, Arashiyama: Landmark ikonik Arashiyama, pemandangan gunung & sungai. Taman tepi sungai dengan pokok sakura / daun musim luruh.
Kuil Fushimi Inari Taisha: Ribuan torii merah (pintu gerbang) sepanjang jalan mendaki bukit. Tempat paling popular untuk pengalaman budaya Jepun.
Kuil Kinkaku-ji (Golden Pavilion): Kuil bersalut emas, sangat fotogenik. Taman tradisional Jepun yang cantik.
Kuil Kiyomizu-dera: Platform kayu tinggi dengan pemandangan Kyoto. Kawasan sekitar terdapat kedai tradisional & pengalaman budaya.
Nishiki Market: Pasar makanan tradisional Jepun. Banyak pilihan makanan halal / vegetarian, sesuai untuk pengalaman street food.
Gion District: Kawasan tradisional dengan rumah teh, persembahan geisha. Sesuai untuk berjalan santai & fotografi vintage.
Arashiyama Monkey Park: Tempat menarik untuk keluarga, lihat monyet liar dengan pemandangan Kyoto dari atas bukit.
Momiji-en / Taman Maruyama: Tempat terbaik untuk menikmati daun musim luruh (Oktober–November). Sesuai untuk berjalan santai dan fotografi alam semula jadi.
Untuk ke Pasar Lambak Tenjin-san dan Kuil Kitano Tenmangu dari Stesen Kyoto, anda boleh menaiki bas dengan perjalanan kira-kira 30 minit. Dari Stesen Randen Kitano Shiraume-cho pula, ia hanya kira-kira tujuh minit berjalan kaki ke Kuil Kitano Tenmangu.