Tarikan di Arashiyama, Kyoto: Arashiyama Bamboo Grove & Togetsukyo Bridge

Ayu Nadirah

4/24/2025

Arashiyama adalah destinasi popular dalam kalangan pelancong. Ia terletak di Kyoto dan menjadi lokasi tumpuan sewaktu musim cherry blossom dan musim luruh. Antara dua tempat menarik yang boleh anda singgah adalah Arashiyama Bamboo Groves dan Togetsukyo Bridge. Lawatan pada awal pagi atau lewat petang adalah lebih digalakkan kerana pancaran cahaya yang lebih indah, selain kurang sesak dengan orang ramai. Jadi anda boleh lebih menikmati keindahan Arashiyama yang memukau pandangan.

Arashiyama Bamboo GrovesArashiyama Bamboo Groves.pngRasai pengalaman berjalan sepanjang rumpun pokok buluh yang menenangkan di sini. Ia adalah sebuah keunikan alam yang cukup menakjubkan, umpama anda berada dalam dunia yang lain. Suasananya lebih menarik kala angin lembut menyapa setiap batang buluh yang tinggi dan ia terlihat bergoyang perlahan dalam rimbunan yang besar. 

Untuk pengetahuan anda juga, buluh telah digunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk seperti bakul, cawan, kotak dan tikar di bengkel kraf tempatan selama berabad lamanya.

Togetsukyo Bridge
Togetsukyo Bridge.pngJambatan ini adalah mercu tanda paling ikonik di Arashiyama. Ia pada asalnya dibina sewaktu Heian Period (794-1185) dan telah dibina semula pada tahun 1930-an. Togetsukyo Bridge kayu ini kukuh berdiri ditemani lereng gunung berhutan sepanjang 155 meter merentasi sungai. Selain itu, terdapat juga taman tepi sungai dengan keindahan cherry blossom yang terletak bersebelahan jambatan. Anda boleh menikmati keindahan latar belakangnya yang berubah mengikut musim. 

Lokasi ini menerima kunjungan pelancong tertinggi sewaktu musim bunga cherry blossom dan musim luruh, di mana ramai orang berpusu-pusu untuk merakam keunikan pemandangan yang dipersembahkan.