Tak Lengkap Travel Ke Yogyakarta Tanpa Lawat 5 Tempat Ini!
Nurul Atikah Sarji
7/4/2024
Kita sekarang sudah memasuki suku terakhir bagi tahun 2024. Sudah tentu ramai di antara kita sekarang sedang memikirkan untuk bercuti tidak kiralah bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Salah satu kota yang boleh dikunjungi bagi anda iaitu kota istimewa Yogyakarta yang berada di negara seberang, Indonesia. Terdapat beberapa tempat menarik yang anda harus pergi jika sudah sampai di Yogyakarta.
Candi Prambanan
Salah satu ikon warisan budaya di Indonesia, iaitu Candi Prambanan yang terletak di kota Yogyakarta. Kuil-kuil di Prambanan dibina pada abad ke 9. Orang lokal di sini juga menyebut candi ini sebagai ‘Roro Jonggrang’. Kuil terbesar di candi ini didedikasikan kepada Shiva serta dua yang lebih kecil di sebelah kanan dan kirinya didedikasikan kepada Brahma dan Wishnu. Kuil tertinggi di candi ini adalah setinggi 47 meter. Puncaknya kelihatan daripada jauh dan menjulang tinggi di atas runtuhan kuil-kuil lain. Sebagai keajaiban budaya dan seni bina yang unik, Candi Prambanan telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1991.
Alamat: Jl. Raya Solo - Yogyakarta No.16, Kranggan, Bokoharjo, Kec. Prambanan, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55571, Indonesia
Waktu Operasi: 6.30 pagi hingga 5 petang (Setiap hari)
Harga Tiket (Pelancong): IDR375,000 / RM110 (Dewasa), IDR225,000 / RM60 (Kanak-kanak)
Pantai Timang
Terletak di kawasan Gunung Kidul, Pantai Timang memiliki dua kawasan. Di sebelah timur, terdapat kawasan pantai yang berpasir putih. Manakala, di sebelah barat merupakan kawasan berbentuk batuan curam (bukit) yang bersebelahan dengan laut. Di bahagian ini, terdapat pemandangan sebuah pulau atau batu besar di seberang pantai. Pulau atau batu besar ini dipanggil sebagai Pulau Timang oleh masyarakat setempat. Malah, mereka juga memburu udang galah di kawasan ini. Menariknya lagi, Pantai Timang dan Pulau Timang ini dihubungkan dengan kereta kabel atau gondola yang digerakkan oleh tali yang berdiameter 4sm dan mempunyai panjang kira-kira 200 meter dari paras laut.
Alamat: Jalan pulau Timang, Danggolo, Purwodadi, Tepus, Gunung Kidul, Yogyakarta Special Region 55881
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 5 petang (Setiap hari)
Harga Tiket: IDR200,000 / RM52 (gondola), IDR100,000 / RM26 (jambatan gantung)
Candi Borobudur
Candi Borobudur yang megah dan merupakan monumen Buddha terbesar di dunia terletak di kota Yogyakarta. Candi ini merupakan salah satu tujuh keajaiban di dunia. Ia terletak dengan megah di puncak bukit yang menghadap ke bukit-bukit lain yang menghijau. Dibina pada abad ke-9 semasa pemerintahan dinasti Syailendra, reka bentuk candi dalam seni bina Gupta mencerminkan pengaruh India di rantau ini.
Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut masyarakat tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Lawatan ke Candi Borobudur lebih mudah jika mengambil pakej tour seharian kerana momen semasa melihat matahari terbenam sangat mengujakan dan wajib dicuba!
Alamat: Jl. Badrawati, Kw. Candi Borobudur, Borobudur, Kec. Borobudur, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia
Waktu Operasi: 6 pagi hingga 5 petang (Setiap hari)
Harga Tiket (Pelancong): Bermula IDR350,000 / RM95
Kraton Sultan Yogya
Kraton atau juga dikenali sebagai Istana Yogyakarta merupakan kompleks megah yang dibina menghadap langsung ke utara ke arah Gunung Merapi. Bahagian selatannya dibina menghadap Lautan Hindi, yang dipercayai merupakan kawasan kediaman Kanjeng Ratu Loro Kidul yang merupakan Ratu Laut Selatan dan Permaisuri Sultan.
Alamat: Panembahan, Kraton, Yogyakarta City, Special Region of Yogyakarta 55131, Indonesia
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 3 petang (Selasa-Ahad, Isnin Tutup)
Harga Tiket (Pelancong): IDR25,000 / RM5 (Dewasa), IDR20,000 / RM4 (Kanak-kanak)
Taman Sari
Berdekatan dengan Kraton, terdapat juga lagi satu lokasi popular yang dikenai sebagai Taman Sari atau juga warga lokal mengenalinya sebagai Istana Air. Taman Sari pada asalnya dibina untuk pelbagai tujuan namun kini hanya beberapa bangunan yang masih kekal. Beberapa fungsi asalnya termasuk sebagai tempat untuk berehat, bermeditasi, bekerja, bersembunyi dan mempertahankan keluarga Sultan pada zaman dahulu. Pada masa kini, beberapa bangunan telah menjadi rumah bagi penduduk tempatan dan hanya masjid, ruang rehat dan mandi, serta terowong bawah tanah yang dapat diakses oleh pelancong. Kawasan ini sangat sesuai bagi anda yang suka bergambar!
Alamat: Patehan, Kraton, Yogyakarta City, Special Region of Yogyakarta 55133, Indonesia
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 3 petang (Setiap hari)
Harga Tiket (Pelancong): IDR25,000 / RM5 (Dewasa), IDR20,000 / RM4 (Kanak-kanak)
Alami pengalaman mengujakan bersama kami. Oleh itu, sertai pakej kembara kami di ikhlas.com Travel. Kami akan memastikan anda menikmati hidangan yang autentik dan sesuai dengan keperluan anda, sambil meneroka pelbagai budaya dengan selesa dan berpatutan. Ambil langkah pertama untuk pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan! Semak sini!