Nak ke Korea? 12 Lokasi K-Drama yang Mesti Anda Lawati
Hanan Latip
1/18/2024
Nak melancong ke Korea Selatan tapi tak tahu nak pergi ke mana? Jom pergi Korea berdasarkan lokasi K-drama yang popular. Tempat pengambaran drama di Korea sangat banyak dan sudah tentu memeningkan anda lebih-lebih lagi kekangan info yang kurang membantu.
Jangan risau, kami akan kongsikan senarai banyak tempat menarik di Korea berdasarkan K-drama. Jadi, teruskan pembacaan agar anda mudah untuk rancang perjalanan ke Korea nanti!
1. Menara Namsan

Anda mesti pernah nampak Menara Namsan melalui drama seperti My Love From The Star, True Beauty dan Boys Over Flower kan?
Menara Namsan Seoul ialah menara pertama yang ditubuhkan di Korea yang menggabungkan balai cerap persiaran ke menara penyiaran. Menara ini telah menjadi mercu tanda ikonik Korea dan tarikan pelancong dari serata dunia!
Dari menara ini, anda dapat melihat sendiri pemandangan indah bandar Seoul. Di sini juga ada Kereta Kabel Namsan. Kereta kabel ini berfungsi untuk memindahkan penumpang dari kaki gunung ke dasar menara. Bas ulang-alik ke Kereta Kabel Namsan dari pusat bandar Seoul turut disediakan bagi memudahkan anda datang ke Namsan Tower!
Alamat: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul
2. Istana Gyeongbokgung

Istana Gyeongbokgung dibina sebagai istana rasmi Dinasti Joseon oleh Yi Seong-gye, yang menjadi Raja Taejo dan pengasas rejim baharu. Istana Gyeongbokgung merupakan yang paling cantik dan antara yang terbesar daripada lima istana. Ramai raja Joseon telah dinobatkan di sini, termasuk Raja Jeongjong ke-2, Raja Sejong ke-4, Raja Danjong ke-6, Raja Sejo ke-7, Raja Seongjong ke-9, Raja Jungjong ke-11 dan Raja Myeongjong ke-13.
Di sinilah juga drama Goblin, Kingdom, The Last Empress dan macam-macam lagi drama melakukan sesi penggambaran.
Kini, pengunjung boleh dapat melawat lokasi bersejarah ini tanpa khuatir sebab mereka menawarkan lawatan berpandu secara percuma dalam bahasa Inggeris pada jam 11 pagi, 1 petang dan 3.30 petang.
Turut berlaku, upacara Pertukaran Pengawal berlaku pada setiap jam dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Harus diingatkan, tempat ini ditutup pada setiap hari Selasa.
Alamat: 161 Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul
3. Pulau Nami

Pulau Nami ialah sebuah pulau berbentuk separuh bulan berhampiran Seoul. Pulau ini menjadi terkenal kerana dipaparkan secara langsung di dalam drama Korea terkenal, Winter Sonata dan Twinkling Watermelon dan menjadikan ia sebagai destinasi romantik yang wajib dilawati.
Pulau Nami dihiasi dengan pepohon yang indah, laluan berjalan di tepi sungai dan banyak lagi. Pulau Nami menawarkan pemandangan gambar yang sempurna sepanjang tahun. Pulau ini tidak ada waktu yang tetap untuk anda lawati kerana setiap musim akan menunjukkan keindahan yang berbeza!
Alamat: 1, Namiseom-gil, Namsan-myeon, Chuncheon-si, Gangwon-do
4. Lotte World

Ingin pergi ke tempat hiburan yang terbesar di dunia dan menarik di Korea Selatan? Datang saja ke Lotte World! Taman tema ini yang menyediakan Lotte World Adventure (tertutup) dan Magic Island (terbuka) dengan kemudahan termasuk pusat beli-belah, muzium rakyat, gelanggang ais, Lotte Hotel World, Lotte Mart dan macam-macam lagi.
Lotte World Adventure terdiri daripada pengembaraan Sinbad, perjalanan perahu melalui jalan air bawah tanah, konkistador, perjalanan Viking, perjalanan saluran kecil, perjalanan kayu balak melalui hutan Jurassic, Camelot Carrousel, Merry-go-round, Gegelung Gergasi, Roller Coaster, Bakul Mabuk, Perjalanan Cawan Teh, dan 3D Desperados dan teater skrin I-max.
Di Magic Island pula ada tarikan yang luar biasa seperti Gyrospin, Gyroswing, Bunjidrop, Swin Spinning, Comet express, kereta Bumper, rumah hantu dan Atlantis, roller-coaster.
Jika anda masih ingat, Gu Won dan Cheon Sarang dari drama King of Land telah meluangkan masa bersama-sama di Lotte World. Ada banyak lagi drama yang melakukan penggambaran di sini seperti Business Proposal, See You In My 19th Life, Strong Girl Nam-soon, Cold Blooded Intern dan banyak lagi!
Alamat: 05554 240, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, Korea
5. Deoksugung Stone Wall Path

Di dalam drama Extraordinary Attorney Woo! episode 10, Young Woo dan Jun Ho dilihat berjalan-jalan di Deoksugung Stone Wall Path. Laluan ini berada di sebelah Istana Deoksugung dengan sepanjang 900 meter.
Laluan ini menjadi tarikan pelancong yang popular di pusat bandar Seoul, dengan laluan yang luas untuk pejalan kaki. Lokasi turut menjadi drama Goblin telah difilemkan.
Alamat: 04519 24, Sejong-daero 19-gil, Jung-gu, Seoul (Jeongdong, British Embassy)
6. Pantai Wolpo
Anda masih ingat pertemuan Hye-jin dan Du-sik (Ketua Hong) buat kali pertama? Di Pantai Wolpo inilah mereka bertemu. Pantai ini terletak di antara pasar dan klinik pergigian dan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit menaiki bas untuk ke pantai yang indah ini.
Alamat: Haean-ro 2394beon-gil, Buk-gu, Pohang-si, Gyeongsangbuk-do
7. Sabang Memorial Park - Mukeunbong

Adakah anda masih ingat kapal terletak di atas bukit di dalam drama Hometown Cha Cha Cha? Ini salah satu yang menjadi tarikan di dalam drama yang membuatkan ramai pengunjung ingin datang ke Pohang.
Untuk mendaki ke tempat ini, ia mengambil masa kira-kira 20 minit dengan berjalan kaki. Kapal ini juga berada di Taman Peringatan Sabang. Dari sini, anda dapat melihat pemandangan laut yang indah dan mendamaikan.
Alamat: 1801, Haean-ro, Buk-gu, Pohang-si, Gyeongsangbuk-do
8. Mungyeong Saejae Open Set

Seperti namanya, tempat merupakan lokasi penggambaran drama Korea yang bersejarah. Selama bertahun-tahun, sejumlah besar drama dan filem Korea telah difilemkan di sini seperti Moon Embracing The Sun, Kingdom, The Crowned Clown, Hwarang dan Alchemy of Souls.
Tempat ini terbuka kepada pengunjung sepanjang tahun. Namun, waktu operasi mungkin berbeza ketika musim sejuk dan musim panas.
Alamat: 932 Saejae-ro, Mungyeong-si, Gyeongsangbuk-do, South Korea
9. Naju Image Theme Park

Lokasi ini juga sering digunakan oleh mana-mana drama sejarah Korea seperti Scarlet Heart, Goblin dan Alchemy of Souls.
Anda berpeluang untuk masuk ke Star Road yang akan memberitahu anda pelbagai gambar drama bersejarah yang dilakukan di sesetengah kawasan. Anda juga dapat menghayati keindahan dan sejarah di sebalik pembinaan banggunan-banggunan tersebut.
Kami cadangkan untuk anda luangkan masa selama 2-3 jam di sana. Jangan lupa beli tiket dan mengambil peta sebelum masuk ke Naju Image Theme Park!
Alamat: Gyeongsan-myeon, Gongsan-myeon, Naju-si, Jeollanam-do
10. Taman Negara Hallasan

Jika anda masih ingat di salah satu episod Crash Landing On You, Yoon Se-ri terhempas mendarat di Korea Utara DMZ (Zon Demilitarized) akibat kemalangan paragliding. Rupanya, adegan tersebut dilakonkan di Taman Negara Hallasan!
Gunung Hallasan terletak di tengah-tengah Pulau Jeju dan mungkin merupakan mercu tanda pulau yang paling tidak dapat dilupakan. Gunung ini juga dipanggil Gunung Yeongjusan, yang bermaksud "gunung yang cukup tinggi untuk menarik galaksi," Gunung Hallasan dikenali secara meluas oleh saintis kerana nilai geologinya.
Alamat: 2070-61, 1100-ro, Jeju-si, Jeju-do
11. Onbit Natural Recreation Forest
Hutan Rekreasi Semulajadi Onbit amat cantik jika dilawati ketika musim panas ataupon musim luruh. Di sinilah Kook Yeon-soo dan Choi Woong di bawa setelah “diculik” oleh rakan-rakan mereka kerana tiada perkembangan bagi siri dokumentari DP Kim Ji-woong.
Untuk pengetahuan anda, tempat ini milik persendirian namun ia terbuka kepada pengunjung.
Alamat: 480-113 Hwangnyongjae-ro, Beolgok-myeon, Nonsan, Chungcheongnam-do
12. Cheorwon Hantangang Milky Way Bridge
Jambatan ini laluan pejalan kaki yang unik yang menghubungkan kompleks landskap ekologi dan taman tema yang terputus oleh Gaung Sungai Pocheon Hantan. Ia direka dengan kepanjangan 200m yang dibina 50m di atas tanah. Berdekatan dengannya, ialah Air Terjun Bidulginang.
Nama jambatan itu diambil dari Sungai Hantangang yang terkenal dan wilayah Cheorwon dan menambah eunhasu, atau bima sakti (Milky Way) laluan yang diperbuat daripada bintang. Lokasi ini telah menjadi lokasi penggambaran drama What’s Wrong With Secretary Kim dan Crash Landing On You.
Anda boleh datang ke jambatan ini dari tempoh masa 10 pagi hingga 7 petang pada hari minggu dan 10 pagi hingga 7 petang pada hujung minggu. Jangan risau, ia dibuka sepanjang tahun dan sentiasa menerima pengunjung.
Alamat: 725-12, Jangheung-ri, Cheorwon-gun, Gangwon-do
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Korea dengan lebih mudah!
Kini, anda boleh dapatkan percutian yang berbaloi dan bagus dengan Ikhlas Travel! Jangan lepaskan peluang untuk merasai percutian yang tidak dapat dilupakan.