Little Madinah di Nusantara : Masjid Baiturrahman, Banda Aceh
Nurul Atikah Sarji
6/6/2024
Tahukah anda bahawa terdapat “Little Madinah” di Nusantara? Ya betul, anda boleh merasai pengalaman untuk berada di “Little Madinah” di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia.
![Little_Madinah.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltfa7f9d716bbbf7f1/66616662bad22ff561a6782a/Little_Madinah.png)
Terletak di pusat Kota Banda Aceh, masjid ini telah merupakan sebagai saksi bisu perjalanan sejarah dan perjuangan masyarakat Aceh dalam mempertahankan keutuhan wilayah dan nilai-nilai Islam bagi kota ini.
Setelah tragedi tsunami 2004, masjid ini tetap tegak berdiri dan bahkan menjadi tempat perlindungan bagi ribuan orang yang selamat dari bencana tersebut, menunjukkan ketangguhan dan kebesaran hati warga Aceh dalam menghadapi musibah.
Masjid ini, merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia yang dibangun pada tahun 1879 oleh Sultan Alauddin Mahmud Syah II, yang merupakan satu pusat ibadah dan budaya yang terbesar dan terpenting di Aceh. Dari segi sina bina, masjid ini sangat kaya dengan seni bina Melayu dan Eropah.
Mengapa masjid ini juga dikenali sebagai “Little Madinah”?
![Aceh_.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt6f057c1bdd9e5985/66616674d52e442ef0ac89f5/Aceh_.png)
Banyak pengunjung dari dalam dan luar negara yang terpesona dengan keindahan dan kemegahan infrastruktur Masjid Raya Baiturrahman. Mulai dari kubah besar berwarna hitam yang menjadi ciri khasnya, dinding-dinding yang dihiasi dengan kaligrafi indah, hingga lantai marmar yang memberikan kesan sejuk dan megah. Masjid ini dikenali sebagai “Little Madinah” kerana mempunyai payung-payung raksasa yang menyerupai Masjid Nabawi di Madinah.
Selain daripada memberikan pengalaman yang indah kepada pengunjung, bahkan payung-payung ini memberikan kenyamanan bagi para jamaah, terutama saat mereka melaksanakan ibadah di tengah terik matahari. Keindahan “Little Madinah” masjid ini tidak hanya memikat hati umat Islam, tetapi ini merupakan lambangkemegahan salah satu ikon penting di Aceh ini.
![Aceh.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltaa1f49771686c045/66ebebf136f3bd3965406ed1/Aceh.png)
Dapatkan pengalaman mencuba menu yang unik di negara lain tanpa risau tentang makanan yang halal! Kami memahami bahawa mencari pilihan halal boleh menjadi cabaran, terutamanya apabila pergerakan anda terhad akibat kos pengangkutan yang mahal. Oleh itu, sertai pakej kembara kami di ikhlas.com Travel. Kami akan memastikan anda menikmati hidangan yang autentik dan sesuai dengan keperluan anda, sambil meneroka pelbagai budaya dengan selesa dan berpatutan. Ambil langkah pertama untuk pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan! Semak sini!