Jalan-jalan Sekitar Sensoji Temple di Asakusa, Kota Tua Tokyo

Ayu Nadirah

8/8/2024

Jalan-jalan_Sekitar_Sensoji_Temple_di_Asakusa_Kota_Tua_Tokyo.png

Sensoji Temple menjadi antara lokasi mesti singgah apabila anda tiba di Tokyo. Ia berlokasi di Asakusa, sebuah daerah lama Tokyo yang masih kekal berabad lamanya sejak zaman Edo lagi. Sensoji adalah kuil tertua di Tokyo dan berjaya menarik kira-kira 30 juta pengunjung setiap tahun.

Setibanya di sini, mata anda akan disajikan dengan sebuah kawasan yang luas, di mana terdapat 10 tempat yang boleh anda kunjungi yang antaranya adalah Kaminarimon Gate dan Nakamise Shopping Street yang amat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar.

Sensoji_Temple.png

  1. Main Hall (Kannondo Hall)
  2. Yogodo Hall
  3. Awashimado Hall
  4. Five-Storied Pagoda
  5. Denboin and Its Garden
  6. Nintenmon Gate
  7. Hozomon Gate
  8. Kaminarimon Gate
  9. Nakamise Shopping Street
  10. Bentendo Hall

Kaminarimon Gate yang besar bakal menyapa anda kala memasuki kawasan Sensoji Temple. Pintu gerbang utama ini asalnya dibina oleh komander tentera Taira no Kinmasa 942. Ia pernah terbakar pada tahun 1865 dan 95 tahun kemudian dibina semula dengan hasil sumbangan oleh Konosuke Matsushita, pengasas Matsushita Electric yang kini dikenali sebagai Panasonic Corporation. 

Nakamise Shopping Street menjadi antara laluan membeli-belah paling tua yang ada di Jepun. Jalannya yang sepanjang 250 meter adalah laluan utama menuju ke Sensoji Temple. Ia bermula dan berakhir dengan temple gate iaitu Kaminarimon Gate dan Hozomon Gate. Di sepanjang jalan ini pada kedua-dua bahagian kanan dan kiri, anda boleh dapatkan bermacam barangan tradisional Jepun, permainan, cenderahati, poskad, pakaian, snek, manisan dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. 

Nakamise Shopping Street sesuai untuk anda dapatkan ole-ole Jepun untuk dibawa pulang ke tanah air. Antara cenderahati unik yang boleh anda beli di sini adalah poskad, sandal atau terompah kayu Jepun, chopstick dan kipas lipat dengan lukisan tradisional Jepun yang sangat menarik.

Terokai Jepun dengan ikhlas.com Travel bagi merasai pengalaman menakjubkan dan tanpa kerumitan!