Apa Anda Boleh Buat di Dotonbori & Shinsaibashi Street Osaka?

Ayu Nadirah

5/25/2025

Dotonbori dan Shinsaibashi Street sangat terkenal di Osaka. Banyak tarikan dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sekitarnya. Dotonbori menjadi pusat tarikan ramai dengan adanya papan tanda besar ikonik di situ, sementara Shinsaibashi meriah dengan barisan kedai pakaian dan restoran yang menarik. Dua lokasi ini terletak strategik untuk anda merasai kemeriahan Osaka!

Baca lanjut untuk mengetahui apa yang boleh anda lakukan di Dotonbori & Shinsaibashi Street!

Dotonbori Street

Nama Dotonbori merujuk kepada Dotonbori Canal dan Dotonbori Street yang selari dengan tebing selatan terusan itu. Ia adalah salah satu kawasan paling meriah dan hidup dengan lampu serta warna neon di Osaka. Di sinilah terletaknya papan tanda terkenal iaitu Glico running man di atas jambatan Ebisubashi. Iklan gula-gula Glico setinggi 20 meter dan lebar 10 meter menunjukkan seorang lelaki berlari di atas trek biru dengan tangan terangkat tanda kemenangan. Papan tanda Glico ini telah menjadi mercu tanda tumpuan ramai di kawasan ini. Ia adalah lokasi foto penting buat para pelancong.

Dotonbori Street Osaka.png

Sekitarnya juga dibangunkan dengan barisan restoran dan kedai yang tidak cukup hebat dalam membentangkan papan tanda besar dan menonjol. Antara makanan yang menjadi tumpuan di sini adalah shabu shabu dan sukiyaki, takoyaki serta ketam gergasi.

Dotonbori Street Osaka (2).png

Baca juga: 4 Lokasi Mesti Lawat di Sekitar Gunung Fuji!

Shinsaibashi Street

Arked membeli-belah Shinsaibashi-suji adalah lokasi berbumbung sepanjang 600 meter. Tempat ini amat sibuk dengan penduduk tempatan dan pelancong yang ingin mendapatkan pelbagai jenis barang. Di sinilah tempatnya untuk anda dapatkan kimono tradisional, pakaian trend terkini, kasut, aksesori dan restoran dengan aneka pilihan makanan.

Shinsaibashi Street Osaka.png

Sekiranya anda tidak berniat untuk membeli-belah, boleh saja berjalan sekitarnya bagi menikmati keindahan karakter unik Osaka yang menjadi identiti kawasan ini.

Jom jelajah bandar Tokyo bersama ikhlas.com!

Japan travel package.png