6 Tempat Anda Wajib Lawat Di Aceh

Hanan Latip

3/6/2024

Anda ingin melawat Aceh, Indonesia tak lama lagi? Banda Aceh merupakan lokasi dan saksi peristiwa pahit disebabkan berlakunya Tsunami Besar Aceh pada Disember 2004 dan telah meragut lebih 260,000 ribu nyawa penduduk Aceh. 

Di sini kami akan kongsikan beberapa tempat anda wajib lawati di Aceh. Barulah puas jika dapat melawat lokasi-lokasi hot di Aceh!

1. Muzium Tsunami Aceh

Muzium_Tsunami_Aceh.jpg

Muzium Tsunami Aceh adalah simbolik bagi mengingati tsunami dasyat yang terjadi pada 26 Disember 2004. Tempat ini juga menjadi pusat ilmu dan tempat perlindungan jika tsunami terjadi lagi. Anda tak usah khuatir, ia terletak dekat di pusat kota dan terletak 400 meter dari Masjid Baiturrahman. Jadi, mudah untuk merancang lokasi pelancongan seterusnya!

Dibuka pada hari: 

Setiap hari kecuali pada hari Jumaat & cuti umum

Waktu: 10 pagi hingga 12 tengah hari, 1 petang hingga 3 petang

Bayaran masuk: Kanak-kanak, pelajar & mahasiswa Rp 2.000, Dewasa Rp 3.000, Pelancong luar negara Rp 10.000.

2. Masjid Baiturrahman

masjid_baiturrahman.webp

Masjid Baiturrahman yang terletak ditengah-tengah Banda Aceh dan merupakan mercu tanda tidak dielakkan dari terkena tsunami. Tsunami ketika itu telah berjaya memusnahkan hampir keseluruhan banggunan yang ada namun tidak terjadi pada masjid ini!

Semasa tsunami terjadi, ramai orang awam berlindung di dalam masjid dan masjid ini juga hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Bagi yang tidak pernah datang ke sini lagi, reka bentuk masjid ini kelihatan serupa dengan Taj Mahal. Jadi, tak usah pergi jauh-jauh,  anda hanya perlu ke Aceh saja!

3. Kubah Masjid Baiturrahim di Kawasan Padi

Pasti anda hairan, apa yang menariknya masjid ini ya? Di tengah sawah padi telah tersadai kubah masjid di Kampung Gampong Surah yang teretak beberapa kilometer dari Banda Aceh. 

Berat kubah yang dianggarkan 80 tan dan sebesar lebih 20 kaki telah dihanyutkan ke kawasan in yang terletak 2.5 km. Kubah tersebut merupakan milik Masjid Lam Tengah atau kini dikenali Masjid Baiturrahim. Keadaan masjid tersebut telah musnah secara keseluruhan dan hanya kubah dalam keadaan elok. 

4. Masjid Rahmatullah

Tahukah anda, Masjid Rahmatullah merupakan masjid yang menyaksikan tsunami memusnahkan Banda Aceh pada tahun 2004 tetapi hanya sedikit saja bahagian masjid ini rosak dan retak. Sebahagian masjid ini kekal utuh dan hanya terletak 500 meter sahaja dari pantai!

5. Pantai Lampuuk

Pantai_Lampuuk.jpg

Sudah puas melawat muzium dan masjid bersejarah, apa kita kita nikmati pemandangan indah di sekitar Pantai Lampuuk yang berlatar belakangkan gunung-ganang. Di sini, ramai pelayar gemar datang ke sini dan turut disediakan beberapa rumah penginapan yang selesa.  

Terletak 15 km jauh dari pusat kota Banda Aceh, di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain permainan air, menyelam dan bersiar-siar di sekitar pantai. 

6. Muzium Aceh

Muzium_Aceh.webp

Muzium Aceh atau Muzium Banda Aceh merupakan muzium tertua di Indonesia dan didirikan pada 31 Julai 1915 dengan pimpinan F.W.Stammeshous dan dirasmikan oleh Gabenor Sipil dan Jeneral Tentera Belanda H.N.A. Swart. Di dalam muzium ini, ada 5,328 koleksi benda budaya dari pelbagai jenis dan 12,445 buku dari pelbagai jenis tajuk dan genre.  Awalnya, muzium ini hanyalah dari rumah tradisional Aceh!

Dibuka pada hari: 

Setiap hari kecuali pada hari Jumaat & cuti umum

Waktu: 8.30 pagi hingga 12 tengah hari, 2 petang hingga 4.15 petang

Bayaran masuk: Pelancong Rp. 5.000, Kanak-kanak  Rp.2.000, Rombongan Rp. 2.000


Jadi apa tunggu lagi? Ada  banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong dengan tarikan yang murah dan mengikut bajet. Jom lawati Aceh pada bulan Ramadan dengan Ikhlas Travel sekarang!