5 Tempat Menarik di Johor yang Boleh Dilawati
Nurul Atikah Sarji
7/18/2024
Terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, Johor merupakan satu negeri paling popular di Malaysia bagi tujuan pelancongan. Dari taman tema yang menyeronokkan, pantai yang indah serta hutan yang menghijau, Johor sememangnya sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Jom kita ketahui 5 tempat menarik di Johor!
1. Taman Tema Legoland Malaysia
.png)
Legoland Malaysia, taman tema yang terletak di Nusajaya, Johor, dibuka pada 15 September 2012. Taman tema ini menawarkan lebih daripada 40 tunggangan interaktif, persembahan, dan tarikan, menjadikannya destinasi utama untuk hiburan keluarga. Sebagai taman tema Legoland pertama di Asia, ia menarik minat pelancong dari seluruh rantau. Pembukaan rasmi taman tema ini telah dilancarkan oleh Sultan Ibrahim pada 22 September 2012. Dengan keluasan 5,500,000 kaki persegi, Legoland Malaysia menjadi teras kepada kompleks bersepadu yang menawarkan pelbagai kemudahan. Selain itu, tarikan lain seperti taman tema air Lego yang dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan Legoland Hotel yang dibuka pada separuh pertama tahun 2014, menambah daya tarikan kawasan ini sebagai destinasi percutian yang lengkap dan menarik.

Di Legoland Malaysia, anda boleh melihat replika bangunan dan struktur terkenal yang dibina dengan lebih daripada 30 juta batu Lego, termasuk Menara Petronas, Merlion, dan Angkor Wat. Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa, seperti roller coaster, kereta api dinosaur, sekolah memandu Lego, dan banyak lagi. Selain itu, jangan lupa untuk melawat taman air Legoland yang menawarkan gelongsor air, kolam ombak, dan zon kanak-kanak. Legoland Malaysia adalah tempat yang sempurna untuk berseronok bersama keluarga dan kawan-kawan.
2. Pantai Desaru

Pantai Desaru, yang terkenal di kalangan orang Johor dan pelancong, merupakan salah satu pantai tercantik di Johor yang terletak di daerah Kota Tinggi. Pantai ini merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti. Dengan pasir putih yang halus dan air laut yang biru jernih, pantai ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berenang, snorkeling, memancing, menunggang kuda dan jungle trekking. Pantai ini juga sesuai untuk anda bercuti bersama rakan dan keluarga kerana mempunyai pelbagai resort seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast, Anantara Deru Coast Resort dan banyak lagi.
3. Sea Life Malaysia

Sea Life Malaysia merupakan satu akuarium terbesar di Johor, yang menempatkan lebih daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies. Terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan laut yang menakjubkan seperti jerung, kuda laut, ubur-ubur, penyu dan banyak lagi. Menariknya lagi, pengunjung boleh berjalan di dalam terowong laut 180 darjah yang membolehkan mereka menikmati pemandangan hidupan laut. Jadi, tempat ini sangat sesuai bagi ibu bapa untuk membawa anak-anak di samping dapat belajar mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan lautan.
4. Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin memang istimewa dengan sejarah geologi dan biodiversiti yang kaya. Sebagai salah satu hujan tropika tanah pamah tertua di dunia, ini menjadikan kawasan pelancongan yang boleh dilawati kerana taman ini menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi yang berharga. Selain itu, Endau-Rompin juga menjadi habitat bagi pelbagai jenis fauna seperti gajah, harimau, tapir serta banyak lagi.
5. Hutan Lipur Soga Perdana

Bukit Soga, atau dikenali sebagai Hutan Lipur Soga Perdana, terletak hanya 3 km dari Bandar Batu Pahat dan 130 km dari ibu kota Johor. Hutan simpan ini merupakan salah satu kawasan hijau di Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Berada pada ketinggian sekitar 60 kaki, Bukit Soga sangat sesuai untuk aktiviti mendaki dan trekking, menjadikannya destinasi ideal bagi pencinta alam yang menghargai keindahan semula jadi. Menurut, Tourism Johor, dengan keluasan 49.3 hektar, 10 hektar daripada kawasan ini telah dimajukan dan dilengkapi dengan kemudahan asas untuk kemudahan pelawat, menjadikannya lebih mesra pengunjung.
Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda yang hendak melancong di dalam negara, khusunya di Johor. Untuk mengetahui pakej luar negara yang disediakan oleh ikhlas.com, sila layari pautan ini.
.png)