5 Festival Menarik di Korea Selatan

Nurul Atikah Sarji

1/31/2024

Korea Selatan tidak hanya memikat dengan ciri-ciri moden dan metropolitan, tetapi juga dengan warisan budaya dan seni mereka yang kaya. Antara cara terbaik untuk merasai keindahan dan kepelbagaian budaya negara ini adalah melalui pelbagai festival yang diadakan sepanjang tahun. Jom kita ketahui 5 festival menarik di Korea Selatan:

1. Seoul Rose Festival

_Template_images_for_blog_2.0_(10).png

Semua orang menyukai bunga terutamanya golongan wanita. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat satu festival bunga yang boleh dikunjungi di pusat bandar Seoul? Ya benar, festival ini merupakan ‘Seoul Rose Festival’. Festival ini merupakan festival tahunan di ‘Jugnang Park’. Apa yang lagi menarik, di festival ini sangat terkenal dengan terowong bunga mawar yang panjangnya lebih daripada 5km. Lebih menarik lagi, masuk adalah percuma! Anda boleh merasai sendiri pengalaman melihat pelbagai jenis bunga mawar dengan pelbagai warna. 

2. Seoul Gugak Festival

_Template_images_for_blog_2.0_(11).png

Festival ini merupakan festival irama tradisional merdu di Korea yang berdurasi 2 hari. Festival ini berlangsung di Marronnier Park yang terletak di Daehak-ro. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang sangat cantik, sesuai bagi pengunjung untuk merehatkan minda sambil mendengar alunan muzik yang merdu dan menenangkan. 

3. Royal Culture Festival 

_Template_images_for_blog_2.0_(12).png

‘Royal Culture Festival’ merupakan sebuah festival diraja yang terbesar di Korea Selatan di Istana Gyeongbokgung, Changdeokgung, Deoksugung, Changgyeonggung dan Gyeonghuigung, serta Kuil Jongmyo dan Sajikdan. Jika anda jenis yang cintakan sejarah dan ingin mendalami sejarah negara ini, festival ini sangat sesuai kerana menawarkan pelbagai program budaya dan seni kepada pelancong berdasarkan ciri-ciri ruang dan sejarah istana-istana kuno ini. Menariknya, anda boleh mempelajari budaya tradisional yang berasaskan ciri-ciri ruang dan sejarah istana diraja. 

4. Hanseong Baekje Cultural Festival 

_Template_images_for_blog_2.0_(13).png

Ingin merasai sejarah dan budaya dari Dinasti Baekje? Anda boleh merasai pengalaman ini dengan mengunjungi ‘Hanseong Baekje Cultural Festival’. Untuk pengetahuan anda, Dinasti Baekje merupakan salah satu daripada tiga kerajaan Korea lama. Menarik kan? Festival ini menyediakan pelbagai program yang menarik untuk memberikan anda pengalaman mendalami sejarah, budaya, upacara roh dan sebagainya. 

5. Yeouido Spring Flower Festival 

_Template_images_for_blog_2.0_(14).png

Bulan April merupakan musim bunga di seluruh Korea Selatan. Bagi peminat bunga, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ‘Yeouido Spring Flower Festival’. Di festival ini, anda boleh melihat lebih daripada 88,000 bunga yang indah dan mekar dari 13 spesis serta 1,886 pokok ceri raja yang berasal dari Jeju.