5 Aktiviti Menarik Boleh Buat di Shibuya

Ayu Nadirah

4/24/2025

Shibuya juga menjadi destinasi mesti singgah jika anda sudah sampai di Tokyo. Kawasan ini amat terkenal dengan adanya jalan dan lintasan yang paling sibuk di dunia. Di sini, kami kongsikan lima aktiviti yang boleh anda lakukan di Shibuya!

Berjalan di Shibuya Scramble Crossing5 Aktiviti Menarik Boleh Buat di Shibuya.pngShibuya Crossing terletak berhadapan stesen Shibuya, Hachiko exit. Anda boleh perhatikan keunikan penduduk Jepun di lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia ini. Ambil peluang untuk abadikan momen indah saat anda berada di tengah-tengah kepadatan beribu manusia yang menyeberang jalan dari semua arah pada masa yang sama. Ia pastinya membuahkan suatu pengalaman unik yang tiada di tempat lain.

Bergambar dengan Tugu HachikoTugu Hachiko.pngSetibanya anda di stesen Shibuya, anda perlu keluar melalui Hachiko Gate. Anda dapat melihat sebuah tugu Hachiko iaitu anjing yang setia, berhadapan dengan scramble crossing. Kisahnya berputar semula sekitar tahun 1920-an, anjing baka Akita ini berjalan ke stesen Shibuya untuk menunggu tuannya pulang daripada perjalanan harian. Suatu hari, tuan ia tidak pulang dari kerja, kerana menderita fatal cerebral hemorrhage. Hal ini tidak menghalang Hachiko daripada tetap datang ke tempat yang sama setiap hari, menunggu tuannya selama sembilan tahun. Anjing ini telah menjadi simbol kesetiaan yang dibangunkan sebagai memori dan menjadi lokasi tumpuan padat orang lokal dan pelancong seluruh dunia.

Menikmati Pemandangan Tokyo di Shibuya SkyShibuya Sky.pngDeck pemerhatian terbuka ini terletak di puncak Shibuya Scramble Square yang menempatkan bukan sahaja Shibuya Sky, malah restoran dan tempat membeli-belah. Shibuya Sky menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang luas dan meriah dengan kesibukan manusia. Anda boleh habiskan waktu petang menuju malam di sini. Terdapat beberapa tarikan menarik di kawasan ini, antaranya adalah Sky Gate, Sky Gallery dan Sky Stage yang dibangunkan dengan Cloud Hammocks dan tarikan Sky Edge untuk anda berehat dan santai di ketinggian bertemankan langit membiru.

Menikmati Daging Halal di GyumonHalal wagyu Jepun.pngAnda juga mesti cuba keenakan daging wagyu di Jepun. Jika di Shibuya, anda boleh singgah ke restoran yakiniku halal bernama Gyumon. Semua daging mereka dijamin halal dan segar. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Membeli Aneka Snek di Mega Donki
Donki adalah kedai serbaneka terkenal yang ada di Jepun. Mereka juga telah membuka cawangan di Malaysia. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam, anda akan rambang mata dengan pelbagai pilihan snek, mekap, baju dan barang mainan yang boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang. Apa yang paling menarik adalah kedai ini dibuka 24 jam!

Jom jalan-jalan Tokyo bersama ikhlas.com!