4 Lokasi Mesti Lawat di Sekitar Gunung Fuji!

Ayu Nadirah

8/12/2024

Apa_yang_Menarik_Ada_di_Sekitar_Gunung_Fuji.png

Gunung Fuji adalah destinasi yang menjadi tumpuan para pelancong kala berpergian ke Jepun. Negara ini amat sinonim dengan Gunung Fuji yang memiliki keindahan alam menakjubkan, dikelilingi dengan beberapa tarikan menarik di sekitarnya. Selain mengagumi kecantikan Gunung Fuji yang juga adalah puncak tertinggi di negara ini, anda juga boleh jelajah ke kawasan berdekatan seperti yang kami kongsikan di bawah. Apa yang paling menarik adalah, anda boleh melihat secara terus Gunung Fuji yang berdiri teguh dari tempat-tempat ini.

1. Saiko Iyashino Sato Nemba

Saiko_Iyashino_Sato_Nemba.png

Perkampungan tradisional yang terletak di tepi Lake Saiko ini berlatar belakangkan Gunung Fuji yang sesuai untuk anda singgah dan berjalan sekitarnya pada waktu pagi. Ia juga terkenal dengan gelaran healing village kerana suasananya yang menenangkan. Pada musim bunga, bunga sakura akan mekar indah dan mewarnai perkampungan ini dengan rona merah jambu. Setiap musim membawakan mood berbeza kepada seluruh kawasan ini.

Anda boleh habiskan masa di sini dengan merasai pengalaman kehidupan penduduk Jepun zaman dahulu di tengah-tengah rimbunan pohon dan angin lembut yang menyapa tubuh. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti kraf tradisional, berjalan di muzium dan galeri, membeli produk tempatan dan menikmat makanan yang dijual.

2. Oishi Park

Oishi_Park.png

Seterusnya, anda boleh menikmati keindahan Lake Kawaguchiko dan Gunung Fuji di Oishi Park. Variasi bunga akan mekar sepanjang tasik mengikut musim dan ia cukup terkenal dengan musim Lavender. Jangan lepaskan peluang untuk abadikan foto anda di taman ini berlatar belakangkan tasik dan Gunung Fuji.

3. Masjid Fujikawaguchiko

Masjid_Fujikawaguchiko.png

Apabila tiba waktu untuk menunaikan kewajipan solat, usah risau kerana di sini ada masjid berdekatan. Masjid Fujikawaguchiko adalah masjid pertama yang dibina berdekatan Gunung Fuji bagi memenuhi keperluan pelancong Islam yang semakin bertambah dari hari ke hari. Terdapat juga kafe makanan halal di sini.

4. Gotemba Premium Outlet

Gotemba_Premium_Outlet.png

Akhir sekali, anda boleh berjalan pula ke salah satu outlet terbesar yang ada di Jepun iaitu Gotemba Premium Outlet. Ia terletak berdekatan Gunung Fuji. Gotemba mempunyai kira-kira 300 restoran dan outlet yang menawarkan barangan jenama tempatan dan antarabangsa. Bolehlah anda cuci mata dan membeli barangan yang kena dengan cita rasa dan bajet anda!

Semak pakej melancong ke Japan dengan harga mampu milik di ikhlas.com Travel!