10 Fakta Menarik Tentang Tokyo Tower
Ayu Nadirah
9/4/2024
![Perlu_Tahu!_10_Fakta_Menarik_Tentang_Tokyo_Tower.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt49d8fb124a7752f8/66f115ca615f77bccefb593b/Perlu_Tahu!_10_Fakta_Menarik_Tentang_Tokyo_Tower.png)
Tokyo Tower adalah struktur pencakar langit yang menjadi tarikan mesti kunjung sebaik sahaja tiba di negara Jepun. Ia menjadi lokasi tumpuan utama para pelancong seluruh dunia bagi menikmati pemandangan bandar yang mempesonakan. Selain itu, tempat ini juga sangat popular dalam kalangan penduduk muda tempatan untuk menghabiskan waktu bersama yang tersayang apatah lagi apabila malam menjelma.
Keseronokan sebenar hadir tatkala anda mendaki ke puncak menara untuk melihat terbentangnya keindahan bandar yang dinamik. Di bawah menara pula, terdapat kompleks membeli-belah yang menawarkan aneka kedai dan restoran untuk pengunjung.
Berikut adalah 10 fakta penting dan menarik mengenai Tokyo Tower:
- Tokyo Tower adalah bangunan kedua tertinggi di Jepun, selepas Tokyo Skytree. Ketinggiannya adalah 333 meter atau 1,029 kaki.
- Ia dibangunkan dengan rona jingga terang dan putih bagi mematuhi syarat keselamatan udara antarabangsa.
- Menara ini menjadi lokasi tumpuan para pelancong serata dunia dengan anggaran tiga juta pengunjung setiap tahun.
- Lebih daripada 150 juta pengunjung telah melawat Tokyo Tower sejak ia dibuka pada tahun 1958.
- Bangunan tinggi ini dicat semula setiap lima tahun, yang menggunakan hampir 7,500 gallons cat.
- Antara tujuan utama menara ini dibangunkan adalah untuk penyiaran dan lokasi pelancongan.
- Tokyo Tower akan bertukar warna khusus untuk acara istimewa seperti perayaan.
- Pada hari dengan cuaca yang cerah, anda boleh melihat Gunung Fuji dari kejauhan.
- Tokyo Tower memiliki ketinggian 13 meter lebih daripada Eiffel Tower.
- Biarpun Tokyo Tower lebih tinggi berbanding Eiffel Tower, namun pembangunan dengan kemajuan teknologi keluli yang hebat menjadikannya hampir separuh berat daripada Eiffel Tower.
![Tokyo_Tower.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltd81b64a260bd47bc/66f115ec87fd9a0221d150f6/Tokyo_Tower.png)
Masa Operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 11 malam.
Harga Tiket: Main Deck berharga ¥900. Top Deck Tour, yang memberikan akses ke Top Deck pula adalah ¥3,000
Terokai Jepun dengan ikhlas.com Travel bagi merasai pengalaman menakjubkan dan tanpa kerumitan!