5 Tempat Menarik untuk ‘Honeymoon’ di Bali

Nurul Atikah Sarji

7/11/2024

IMG_1756.jpg
Pengalaman melihat matahari terbit di Gunung Batur menaiki Jeep 4WD

Bali merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Bali, atau warga lokal mengenalinya sebagai Pulau Dewata merupakan satu pulau yang menarik jutaan pelancong setiap tahun. Selain mempunyai keindahan pantai dan destinasi yang lain, Bali juga kaya dengan budaya lokal yang sangat unik. Oleh hal yang demikian, Bali juga merupakan salah satu destinasi untuk berbulan madu. 

Bagi anda yang masih mencari tempat honeymoon di Bali yang cantik dan juga instagramable, berikut adalah beberapa kawasan pelancongan yang boleh dilawati. 

Pantai Jimbaran 

Honeymoon_Bali_(jimbaran).png

Di pantai ini, pengunjung boleh menikmati makan malam romantis dengan hidangan makanan laut yang lazat sambil menyaksikan matahari terbenam yang indah bersama pasangan. Selain itu, Pantai Jimbaran adalah salah satu pantai yang terletak sekitar 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai. Selain daripada dapat menikmati makanan laut yang enak dan pemandangan senja yang indah, anda dan pasangan boleh menikmati pemandangan kapal terbang berlepas dan mendarat. 

Nusa Penida

IMG_2661.jpg

Pulau ini terkenal dengan pantai-pantainya yang mempunyai pasir putih yang lembut dan pemandangan yang menakjubkan. Nusa Penida terletak di sebelah tenggara Bali, tepatnya di Kabupaten Klungkung. Untuk ke Nusa Penida, anda harus menaiki feri dari jeti di Tanah Besar Bali iaitu melalui Sanur Beach Harbour dan Serangan Pier Gili Gateway. Perjalanan mengambil masa selama 30-45 minit. Terdapat banyak spot menarik untuk diabadikan dan dikongsikan di Instagram. Selain itu, pengunjung boleh menikmati makan malam romantis atau menginap di hotel dan villa yang terdapat di sekitar pulau ini. 

Pantai Tegal Wangi

_Pantai_Tegal_Wangi.png

Terletak di pantai barat pulau Bali, Pantai Tegal Wangi adalah destinasi pantai yang indah dan menawan yang menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong. Dinamakan sempena kuil yang menghadap pantai dari puncak tebing, pantai ini seperti semua pantai di Bali yang mempunyai kepentingan agama bagi penduduk Bali. Dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, kolam batu, dan gua-gua yang menarik, tidak hairanlah pantai ini menjadi popular untuk fotografi dan sangat sesuai untuk anda dan pasangan merakam kenangan bersama di sini.

Uluwatu Temple

Template images for blog-2.png

Bali sememangnya mempunyai banyak kuil bagi masyarakat Hindu. Berbeza dengan kuil lain, lokasi dan pemandangan di sekitar Uluwatu Temple boleh membuat nafas kita terhenti seketika dan berkata dek kerana keindahan kuil ini yang sangat luar biasa. Terletak di kawasan tebing, kedudukannya pada paras 97 meter dari permukaan lautan Hindi juga menyaksikan satu upacara Tarian Kecak selama 1 jam 30 minit yang menjadi salah satu sebab ramai pengunjung datang ke sini selain daripada menikmati panorama yang cantik, terutama sekali untuk matahari terbenam. Sangat sesuai untuk anda dan pasangan anda menikmati pemandangan yang indah dan dapat mempelajari budaya Hindu di kuil ini. Bayaran masuk untuk ke Kuil Uluwatu adalah sekitar Rp 20,000 – Rp 30,000. Anda boleh membuat bayaran di kaunter sebelum masuk ke kawasan Uluwatu. Tidak perlu risau kerana ada petunjuk arah agar tidak sesat.

kecak.png

Selain itu, tarian Kecak bermula sekitar jam 5.30 petang dan tamat sekitar jam 7 malam.

Kintamani 

kintamani.png

9D2779CE-37AB-4B8E-93C9-26EFEAD8F3DF.JPG
Ritatkala Cafe
3D935D71-7BEF-4724-B5DC-B43DA52FC2CE.JPG
Ritatkala Cafe

Bayangkan anda dan pasangan makan tengah hari berdua ditemani oleh pemandangan tasik dan Gunung Batur. Pasti indah bukan? Sebenarnya, aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti “wajib” para pelancong yang melawat Bali. Malah, ada restoran seperti Restoran Madu Sari yang menyediakan hidangan bufet untuk mereka yang meluangkan masa di sini. Selain itu juga, terdapat banyak kafe yang berkonsepkan estetik di sekitar Kintamani yang boleh anda kunjungi. Anda dan pasangan pasti terkesima melihat keindahan pemandangan Gunung Batur sambil menikmati tiupan angin dingin di kaki gunung.

45100A04-4004-4DD0-ACBA-144BA18B1624.JPG
Restoran Bebek Joni di Ubud

Sudah tentu ‘honeymoon’ di Bali merupakan satu pilihan lokasi yang sesuai untuk anda berjimat kerana kosnya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan destinasi lain. Bali menawarkan semua yang anda perlukan untuk mula menciptakan memori indah dengan pasangan. Selain pemandangan yang pastinya memukau, seleksi pilihan hotel yang cantik dan selesa tetapi dengan harga yang affordable dan paling penting pilihan makanan halal juga semakin mudah didapati di sana.

Ingin bercuti di tempat percutian yang lain? Layari pautan ini.

Series Departure 5D4N Jakarta Bandung - MY-04.jpg