5 Hotel Murah di Sekitar Jalan Malioboro, Yogyakarta

Nurul Atikah Sarji

7/9/2024

5_Tempat_di_Yogyakarta_(6).png

Tidak sah jika melawat ke Kota Yogyakarta tanpa berkunjung ke Jalan Malioboro. Berada di jantung kota Yogyakarta, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti anda boleh ‘hunting’ makanan, berswafoto, atau sekadar jalan-jalan menikmati budaya dan suasana siang mahupun malam di kawasan ini. Selain daripada kawasan yang mempunyai ramai pedagang lokal yang menjual makanan dan cenderamata, Jalan Malioboro juga berdekatan dengan kawasan pelancongan yang lain seperti Stasiun Tugu, Pasar Beringharjo, Benteng Vredeburg dan Titik Nol Kilometer Yogyakarta. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai pelancong suka mencari penginapan di sekitar sini. 

Jom kita ketahaui lima penginapan murah dekat Jalan Malioboro!

Hotel Citra Indah

Hotel_Yogyakarta.png

Berjarak hanya satu kilometer dari Jalan Malioboro. Dengan hanya berjalan kaki sekitar 14 minit ke Jalan Malioboro, anda boleh memilih penginapan ini jika berada di kota Yogyakarta. Kemudahan di hotel ini sangat lengkap termasuklah bilik mandi dalam, TV, sinki, penghawa dingin, kawasan letak kereta dan macam-macam lagi. 

Alamat: 6944+RMW, Jl. Letjen Suprapto, Notoprajan, Ngampilan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55262, Indonesia

Akur Hotel

Hotel_Yogyakarta_(1).png

Dengan hanya jarak 500 meter dari Malioboro, Akur Hotel menawarkan hotel yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti lounge, wifi, kawasan letak kereta, TV, bilik mandi dan sebagainya. 

Alamat: Jl. Mataram No.8, Suryatmajan, Danurejan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta, Danurejan, 55213 Yogyakarta, Indonesia

Packer Lodge

Hotel_Yogyakarta_(2).png

Bagi ‘backpacker’, Packer Lodge sangat sesuai buat anda. Jarak hostel ini ke kawasan Malioboro hanyalah empat minit dengan berjalan kaki. Bukan hanya berlokasi strategik, tetapi hostel ini juga berdekatan dengan Stasiun Tugu Yogyakarta. Walaupun bertaraf hostel, tetapi Packer Lodge menyediakan kemudahan yang sangat selesa serta mempunyai privasi yang baik semasa penginapan anda di sini. 

Alamat: Jl. Dagen No 3, Sosromenduran, Gedong Tengen, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta, 55271 Yogyakarta, Indonesia

Hotel Oryza

Hotel_Yogyakarta_(3).png

Lokasi yang sangat strategik iaitu di kawasan Gedongtengen, anda boleh menempuh ke Jalan Malioboro dengan hanya enam minit berjalan kaki sahaja. Malah, anda boleh ke Keraton Yogyakarta berjarak hanya 2 kilometer dan Monumen Tugu terletak sejauh 2.8 kilometer sahaja. 

Alamat: Jl. Sosrowijayan No.49-51, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta, 55271 Yogyakarta, Indonesia

Cabin Hotel Gandekan

Hotel_Yogyakarta_(4).png

Berdekatan dengan Bank Indonesia dan juga Museum Benteng Yogyakarta, hotel ini sangat sesuai bagi semua pelancong. Selain itu, hotel ini berdekatan dengan restoran dan persekitaran yang sangat sesuai untuk bersantai. 

Alamat: Jl. Gandekan Lor No.2, Sosromenduran, Gedong Tengen, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55271, Indonesia

Semoga senarai hotel ini dapat membantu anda untuk merancang percutian bajet anda. Jom bercuti ke Indonesia bersama ikhlas.com Travel!