5 Pantai Cantik di Bali Indonesia. Rugi Kalau Tak Pergi!

Ayu Nadirah

4/24/2024

Bali Indonesia menjadi antara lokasi kunjungan orang yang benar-benar menghargai kecantikan pantai. Pelancong dari pelbagai negara biasanya terlihat bersantai di pantai yang ada di Bali. Banyak ragam yang boleh anda lihat sepanjang pantai mereka. Ada yang sibuk berjemur, bermain luncur air, urut badan dan sebagainya. Apatah lagi Bali sering kali menjadi pilihan pasangan yang baru berumah tangga sebagai destinasi yang romantis untuk honeymoon. Anda dan pasangan juga boleh menikmati makanan dan minuman dengan hidangan tempatan sambil melayan mood nyaman di pantai Bali. Indah bukan?

Untuk pengetahuan anda juga, untuk masuk ke setiap pantai, anda bakal dikenakan sedikit caj masuk dengan harga yang sangat murah iaitu kira-kira RM2 ke RM5. Berikut adalah lima pantai di Bali yang menjadi pilihan kami dan mesti anda singgah bagi merasai suasana yang penuh dengan penghargaan budaya lokal.

Pantai Kuta

Kabupaten Badung, Pantai Kuta, Jalan Pantai Kuta, Kuta, Badung Regency

Pantai_Kuta_Bali_Indonesia.png

Pantai Kuta menjadi antara lokasi yang paling terkenal dalam kalangan pelancong dari pelbagai negara. Pantai ini hidup dengan kecantikan panoramanya, bunyi deruan ombak yang menenangkan dan aktiviti pantai yang menarik. Apa yang anda boleh buat di Pantai Kuta? Anda sudah tentu dapat melihat keindahan matahari terbenam di kawasan ini, juga surfing, bermain boogie board dan menaiki kenderaan kuda dan mengelilingi pantai.

Pantai Pandawa

Kabupaten Badung, Desa Kutuh, Kec Kuta Selatan, Kab Badung

Pantai_Pandawa_Bali_Indonesia.png

Pantai Pandawa pula mungkin tidak sebegitu popular jika dibandingkan dengan yang lain, namun pantai ini hadir dengan keistimewaan unik dengan adanya tebing batu kapur. Ia terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat tarikan pelancong seperti Nusa Dua dan Uluwatu Temple. Setibanya di sini, anda bakal disajikan dengan keindahan pantainya yang membiru bersih dengan pasir putih. Sangat sesuai untuk berjemur dan berenang, selain habiskan masa untuk menikmati pelbagai hidangan lokal di gerai yang ada.

Pantai Melasti

Kabupaten Badung, Desa Ungasan, Kec Kuta Selatan, Kab Badung

Pantai_Melasti_Bali_Indonesia.png

Pantai Melasti mengangkat penyatuan di antara keindahan pantai dan budaya Bali. Pantai pasir putih ini terletak di Ungasan iaitu berdekatan Uluwatu. Sejurus sampai ke Pantai Melasti, anda akan disapa dengan keunikan pintu gerbang yang cukup gah dengan seni bina tradisional Bali. Seperti biasa, anda boleh habiskan masa menikmati ketenangan di sana dan berenang. Anda juga boleh melihat panorama matahari terbenam, selain tarian Kecak. Kemudahan seperti tandas, tempat mandi dan warung juga tersedia di pantai ini.

Pantai Jimbaran

Kabupaten Badung, Desa Jimbaran, Kec Kuta Selatan, Kab Badung

Pantai_Jimbaran_Bali_Indonesia.png

Pantai Jimbaran menjadi antara pantai yang cukup pooular dalam kalangan pelancong untuk bersantai melayan sapaan angin dan pantainya yang cantik. Pantai ini berlokasi di perkampungan nelayan yang menjadikan ia kaya dengan barisan restoran makanan laut sepanjang pantainya. Sambil melayan suasana dan pemandangan matahari terbenam, anda boleh menikmati hidangan enak yang disediakan di sini. Pantai Jimbaran ternyata membawa suatu vibe romantik yang berbeza daripada pantai yang lain. Selain itu, anda juga boleh berbelanja di pasar tradisional dan kedai di sekitar pantai ini yang menawarkan pelbagai barangan seperti baju, beg dan aksesori buatan lokal.

Pantai Padang Padang

Kabupaten Badung, Pecatu, Kec Kuta Sel, Kabupaten Badung

Pantai_Padang_Padang_Bali_Indonesia.png

Pantai Padang Padang atau juga dikenali dengan nama Pantai Labuan Sait tidak kurang hebatnya. Sebelum menikmati kecantikan pantainya, anda perlu menuruni cerunan tangga yang agak tinggi dengan sekelilingnya terlihat umpama gua. Setelah sampai, mata anda akan disajikan dengan kecantikan pantainya yang membiru dengan pasir putih. Pantai ini juga terkenal kerana band muzik Michael Learns To Rock pernah datang untuk melakukan penggambaran muzik video mereka. Bintang Hollywood Julia Roberts juga pernah menjejakkan kaki ke sini sewaktu penggambaran filem Eat Pray Love.

Jadi kalau anda berkesempatan untuk ke Bali, jangan lupa untuk singgah dan menikmati kecantikan lima pantai ini okey! Susahnya nak plan sendiri perjalanan yang menarik bersama yang tersayang, jangan khuatir ikhlas.com Travel boleh bantu anda! Semak pakej honeymoon ke Bali di pautan ini!