[Jom, Makan Mana?] Bufet Ramadan: 300 Hidangan Enak Selera Warisan Kampung di Kuala Lumpur
Hanan
2/20/2024
Rindukan masakan kampung yang authentic? Bagi anda yang duduk di bandar, mesti susahkan nak jumpa masakan Melayu yang dijual betul-betul kena dengan selera kita.
Anda jangan risau, sempena Ramadan ini, Briged Kulinari WTCKL telah menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa pada tahun ini yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih.

Mereka menawarkan 5 giliran menu istimewa seperti ikan patin goreng berlada, udang rendang daun selasih, daging masak hitam dengan cili benggala, sotong kembang masak sambal kacang tanah, ayam goreng masak santan berlada, ketam masak kam heong dan daging tetel masak kalio.
Makanan-makanan ini sememangnya kena sangat dengan selera orang kita yang lebih gemar makan hidangan nasi bersama lauk-pauk. Rasanya yang pekat dan cukup pedas dan masinnya pasti akan membuatkan anda ingin menambah berkali-kali!

Turut dihidangkan makanan paling popular yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu bubur lambuk istimewa, aneka sup berempah, aneka kerabu, ketupat, lemang dan macam-macam lagi.
Istimewanya pada tahun ini, WTCKL membawakan Nasi Kandar Saddam bagi memberikan kelainan menu kepada anda untuk merasai sendiri nasi kandar yang benar-benar sedap, manis dan pedas dari campuran kari yang confirm pekat dan berlemak. Pastikan anda mencuba nasi kandar Saddam bersama ayam ataupun daging, telur masin, sayur kubis dan papadom bagi lagi umph!
Tak lengkap rasanya juadah berbuka puasa tanpa kambing panggang yang dimasak bersama sos lada hitam. Bau yang tidak hanyir dan teksturnya tidak liat langsung. Sememangnya akan membangkitkan selera makan anda.

Selesai makan, mesti tak lengkap tanpa pencuci mulut bukan? Anda juga akan dihidangkan dengan seleksi pencuci mulut tradisional dan moden seperti pelbagai jenis kek, kuih-muih, cendol dan pelbagai lagi. Manisan yang sedap, manis dan berlemak yang dapat melegakan tekak setelah seharian berpuasa.



Tempat: WTCKL Aras 2, Legar Putra
Tarikh: Bermula 13 Mac hingga 8 April 2024
Waktu: setiap hari dari pukul 6 petang - 10 malam
Harga:
Early Bird RM108 nett seorang
Dewasa RM128 nett seorang
RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Bagi yang tidak tahu, kawasan WTCKL yang luas dan lapang semestinya menjadi bonus untuk anda yang ingin berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga ataupun rakan sekerja. Caj tempat letak kereta sepanjang bulan Ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
WTCKL juga menawarkan kemudahan ruang solat untuk anda, jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat solat. Lokasinya di Surau Ar-Rahman yang lengkap dengan sejadah dan tempat berwuduk. Di sini juga akan ada imam yang akan mengetuai solat Maghrib, Isyak dan terawih.
Sempena bulan Ramadan yang istimewa ini, pihak WTCKL telah melancarkan 'Tiffin Carrier' edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12 sm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16 sm. Jika anda mendapatkan tiffin ini, lagi mudah untuk anda membawa pulang makan di bufet Ramadan WTCKL tanpa rasa segan dan malu. Sambil-sambil itu, anda boleh juga untuk menambah koleksi bekas makanan yang cantik dan edisi terhad!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-2614 6701/6702 untuk baucer pembelian awal atau klik pada pautan berikut untuk tempahan bufet di Easy Store.
Hubungi mereka di talian +603 2614 6999/ +603 2614 6173 dan boleh saja WhatsApp: +019 2678 960
Anda juga boleh emel untuk bufet Ramadan di [email protected] dan bagi tempahan korporat di [email protected]
- Pilihan bufet Ramadan lain di : Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel KL