Selamat ke Wanita Travel Solo ke Korea Selatan?
Nurul Atikah Sarji
1/26/2024
Sebut saja Korea Selatan pasti anda membayangkan keindahan alam, sejarah, budaya dan semestinya industri hiburan (K-Pop & K-Drama) yang menarik minat para pelancong terutamanya para wanita untuk meneroka ke negara ini. Selain daripada industri hiburannya yang menawarkan muzik, filem dan drama yang terbaik hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa, Korea Selatan juga menawarkan kawasan dan pengalaman membeli belah kosmetik, kecantikan, pakaian serta makanan yang lazat.
Namun begitu, persoalannya selamat ke wanita mahu travel solo ke Korea Selatan?
Tahukah anda bahawa kadar jenayah di Korea Selatan sangatlah rendah! Menurut laporan Keselamatan Dunia Numbeo, Korea Selatan merupakan negara ke-17 yang paling selamat di dunia. Jadi, jenayah kekerasan sememangnya jarang berlaku di negara ini.
Ibu kota Korea Selatan, Seoul sebenarnya sangat selamat untuk berjalan-jalan pada siang hari mahupun ketika waktu malam. Ini kerana Seoul sangat kaya dengan menawarkan pelbagai restoran dan kedai serbaneka (convenience store) yang dibuka sehingga tengah malam! Malah, anda boleh melihat penduduk tempatan yang menikmati masa mereka atau ‘me time’ setelah penat bekerja. Jadi, memang sangat selamat jika wanita ingin berjalan-jalan di sekitar kota Seoul pada bila-bila masa.
Selain itu, disarankan untuk anda menginap di kawasan yang popular seperti di Hongdae atau Itaewon kerana dua kawasan ini merupakan kawasan tumpuan orang ramai.
Walaupun dikatakan Seoul merupakan kawasan yang selamat bagi wanita, adalah disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka terutamanya ketika berjalan sendirian pada waktu malam ya ladies!
Bagaimana pula dengan insiden penyeluk saku di Korea Selatan?
Tahukah anda, kadar kejadian insiden penyeluk saku atau pickpocketing sangatlah rendah di Korea Selatan? Ya! Berbanding dengan negara-negara lain, insiden ini jarang berlaku, jadi ini menunjukkan bahawa wanita selamat untuk melancong di negara ini.
Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan memang dikenali kerana kafe-kafenya yang menarik dan ‘instagramable’. Malah, warga tempatan sering menghabiskan masa setelah pulang bekerja dan menikmati kopi bersama rakan-rakan. Tetapi, jika anda pernah ke sana pasti akan perasan yang orang Korea Selatan sering meninggalkan komputer riba dan beg mereka di atas meja apabila pergi ke tandas dan ya tiada sesiapa yang mencurinya!
Selain daripada itu, wanita yang travel solo ke negara ini juga tidak perlu risau kerana terdapat banyak kamera CCTV di hampir kesemua kawasan, seperti di jalan raya, pengangkutan awam dan restoran bukan sahaja di Seoul, tetapi di seluruh negara di Korea Selatan.
Adakah “catcalling” atau ejekan berlaku di Korea Selatan?
Wanita sangat takut dan tidak selesa dengan “catcalling” atau ejekan. Namun yang demikian, di Seoul, perkara ini jarang berlaku. Jika anda berjalan-jalan di Korea Selatan, warga tempatan kebanyakannya berjalan sangat cepat tanpa memberi perhatian yang banyak kepada anda. Malah di kawasan pengangkutan awam, mereka sangat tenang dan kebiasaannya mereka sibuk menonton video, melayari internet atau bermain ‘game’ di telefon pintar mereka.
Jadi, anda tidak perlu risau mengenai “catcalling” kerana mereka sangat mementingkan keharmonian.
AMBIL TAHU NOMBOR KECEMASAN DI KOREA SELATAN
Antara tip penting wajib dilakukan bagi wanita yang ingin travel secara solo di Korea Selatan adalah anda perlu mengetahui talian kecemasan dan perubatan di sana.
1330 | Talian Bantuan Pelancongan Pertubuhan Pelancongan Korea
Jika anda memerlukan bantuan umum yang berkaitan dengan pelancongan dan terjemahan, anda boleh menelefon nombor ini pada bila-bila masa sahaja. Talian ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai kawasan pelancongan, pengangkutan dan banyak lagi.
112 | Polis
Jika berlaku sebarang kecemasan yang mengancam nyawa anda ataupun orang di sekitar anda, anda boleh melaporkan dan meminta bantuan daripada polis.
119 | Bomba & Ambulans
Anda memerlukan bantuan kesihatan atau kebakaran? Jangan pandik, anda boleh menghubungi 119 untuk memerlukan bantuan segera.
Jadi, adakah selamat bagi wanita melancong secara solo di Korea Selatan?
Ya, Seoul memang diiktiraf sebagai kota yang selamat, dan merupakan destinasi yang sangat ideal buat wanita yang ingin travel secara solo. Akan tetapi, anda perlulah sentiasa mengambil langkah yang berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku.
Tetapi buat anda yang risau untuk travel secara bersendirian, ayuhlah kita menerokai atmosfera dan tempat-tempat yang menarik di Korea Selatan bersama IKHLAS Travel kerana kami menawarkan pelbagai pakej yang menarik yang sudah tentu selamat dan dapat mengukir senyuman anda dalam setiap detik perjalanan anda bersama kami!
- Jom ke Korea bersama IKHLAS. Anda boleh mengakses pakej ke Korea melalui pautan ini: IKHLAS TRAVEL