89 Senarai Masjid Mesra Kanak-kanak Ramadan Ini

Ayu Nadirah

3/13/2024

Senarai_Masjid_Mesra_Kanak-kanak_Ramadan_Ini.png

Dilema bulan Ramadan buat kebanyakan ibu-bapa yang mempunyai anak kecil adalah adakah mudah untuk membawa mereka ke masjid untuk menunaikan Solat Tarawih? Keinginan untuk beribadah dan memeriahkan malam Ramadan membuak-buak. Tetapi pada masa yang sama, tetap risau dengan keselamatan anak dan takut sekiranya kehadiran si kecil mungkin akan mengganggu fokus ibadah.

Setelah melakukan sedikit pencarian, kami terlihat perkongsian Noor Afidah Abu Bakar, Cert. Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) daripada Parent Connect Consultancy di akaun Facebook miliknya. Beliau dengan berbesar hati membenarkan IKHLAS berkongsi senarai masjid di seluruh Malaysia yang menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak seperti bilik khusus dan penjaga. Biarpun Solat Tarawih bukanlah wajib, namun dengan adanya kemudahan untuk aktiviti anak di masjid, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengimarahkan masjid sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut adalah masjid-masjid yang boleh anda pergi bersama si kecil:

Kuala Lumpur

  1. Masjid Wilayah
  2. Masjid At Taqwa, TTDI
  3. Masjid UTM, Jalan Semarak
  4. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Putrajaya

  1. Masjid Besi (mempunyai playground)

Selangor

  1. Masjid Bandar Bukit Raja, Klang
  2. Masjid Bandar Seri Putra
  3. Masjid At Taqwa, Bukit Mahkota
  4. Masjid Hasanah, Bangi
  5. Masjid Al-Umm Bangi
  6. Masjid Al Falah USJ9
  7. Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
  8. Masjid Puncak Alam
  9. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
  10. Masjid Taman Sutera, Kajang
  11. Masjid Putra Heights, Subang Jaya
  12. Masjid KLIA
  13. Masjid Kota Damansara
  14. Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang
  15. Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
  16. Masjid Jalan Templer, Petaling Jaya
  17. Masjid Johan Setia, Klang
  18. Masjid Bukit Antarabangsa
  19. Masjid Petra, Kelana Jaya
  20. Masjid Bandar Rinching
  21. Masjid Al Khairiyah, Sri Gombak
  22. Masjid Bukit Indah, Ampang
  23. Surau Al Khausar, Bandar Baru Bangi
  24. Masjid Zaid bin Haritsah, Gombak
  25. Masjid Himmatul Aliyah, Shah Alam
  26. Masjid An Naim, Jalan Kebun
  27. Masjid At Taqwa, Desa Subang Permai
  28. Surau An Nur, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi
  29. Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya
  30. Masjid Setia Alam, Shah Alam
  31. Masjid Seksyen 7, Shah Alam (ada ruang bermain)
  32. Masjid Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya
  33. Masjid Al Mustaqim, Ampang
  34. Masjid Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
  35. Masjid Kota Kemuning
  36. Masjid Al Syakirin, Gombak
  37. Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
  38. Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi
  39. Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang
  40. Masjid As-Salam Bukit Sentosa (mesra kanak-kanak, tiada bilik dan aktiviti khusus)

Negeri Sembilan

  1. Masjid Putra, Nilai
  2. Masjid USIM
  3. Masjid Muhammad Al Fateh, Forest Heights

Pahang

  1. Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan
  2. Masjid Rompin
  3. Masjid Permatang Badak, Kuantan

Johor

  1. Masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru
  2. Masjid Daing Abdul Rahman, Iskandar Puteri
  3. Masjid Taman Pulai Indah

Perak

  1. Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar
  2. Masjid Proton, Tanjung Malim
  3. Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas
  4. Masjid Nurussalam, Gerik
  5. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Gunung Rapat
  6. Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar
  7. Surau Kotaraja, Ipoh (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)

Pulau Pinang

  1. Masjid Al Malik Khalid USM
  2. Masjid Taman Tasek Mutiara
  3. Masjid Bandar PERDA, Bkt Mertajam
  4. Masjid At Taqwa, Bertam Indah
  5. Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas
  6. Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga
  7. Masjid Seberang Perai Utara
  8. Masjid Negeri Pulau Pinang

Kedah

  1. Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani
  2. Masjid Zahir (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)
  3. Masjid Al Bukhary, Alor Setar (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)
  4. Masjid Sharifah Fatimah, Jitra (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)

Perlis

  1. Masjid Saidina Umar Al Khattab, Kampung Guar Syed Alwi
  2. Masjid Alwi, Kangar (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)
  3. Masjid Tuanku Syed Putra Jamallullail (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)
  4. Masjid Al Hussein, Kuala Perlis (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)

Kelantan

  1. Masjid At-Taqwa, Pasir Tumboh
  2. Masjid Saidina Osman, Tanah Merah
  3. Madinah Ramadan, Stadium Sultan Muhammad Ke-4
  4. Masjid As Salam, Pengkalan Chepa
  5. Masjid Ismail Petra Banggol (mesra kanak-kanak, tiada bilik atau aktiviti khusus)

Terengganu

  1. Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu)
  2. Madinah Ramadan 'Drawbridge'
  3. Masjid Al Muktafibillah Shah (Ladang), Kuala Terengganu
  4. Masjid Universiti Malaysia Terengganu

Sabah

  1. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Sarawak

  1. Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya
  2. Masjid Negeri, Kuching

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dalam merancang lokasi Solat Tarawih tahun ini. Selain dapat beribadah dengan tenang di rumah Allah, kehadiran anak-anak juga dapat membiasakan diri mereka dengan masjid dari usia yang muda.