Santai Hujung Minggu di M Resort & Hotel Kuala Lumpur

Ayu Nadirah

9/24/2024

7._EXTERIOR.jpg

M Resort & Hotel Kuala Lumpur menjadi nama yang tidak asing lagi dalam industri perhotelan negara. Mereka bijak dalam membawa huruf 'M' yang melambangkan Malaysia sebagai nama kebanggaan. Ia berlokasi strategik di tengah-tengah kehijauan bandar Damansara dan berdekatan dengan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

Resort hotel bertaraf lima bintang ini hadir dengan 385 kamar dan lebih 5,000 meter persegi kemudahan mesyuarat dan persidangan lengkap dengan teknologi. Semua ini menjadikan M Resort & Hotel Kuala Lumpur sebuah destinasi yang sesuai untuk percutian, workcation dan acara korporat.

Kamar Tidur dengan Sentuhan Moden

19.SUITE_ROOM.jpg
Kamar suite
Bercakap pula tentang kamar yang disediakan, M Resort & Hotel Kuala Lumpur membangunkan elemen moden dalam dekorasi dan susun atur pada setiap sudut. Setiap kamar memiliki akses wifi, minibar, televisyen LED, pengering rambut, toiletries dan peti keselamatan. Kamar suite pula mempunyai bathtub besar dengan pemandangan dari tingkap yang membentangkan kehijauan padang golf bersebelahan.

Ia bukan sahaja sesuai untuk golongan korporat, malah menjadi tarikan buat keluarga dengan anak kecil. Apatah lagi resort hotel ini turut mempunyai kemudahan kolam renang dengan aktiviti gelongsong air yang amat menyeronokkan. Anda boleh luangkan masa yang lama di sini bersama ahli keluarga mahupun si kecil, sambil menikmati keindahan pepohon menghijau yang ada di sekitarnya. Boleh juga menjamu selera dengan makanan dan minuman ringan di kawasan kolam renang.

20B.SUITE_BATHROOM.jpg
Kamar mandi suite
24A.DELUXE_ROOM.jpg
Kamar deluxe

Kemudahan Lain di M Resort & Hotel Kuala Lumpur

  • Pusat kecergasan 24 jam dengan kelengkapan gimnasium yang canggih.
  • Kelab kanak-kanak dengan variasi aktiviti menarik yang boleh menghiburkan si kecil.
  • Spa dengan pelbagai pilihan terapi yang menenangkan.
  • Bar dan lounge yang menawarkan afternoon tea dan jus buah-buahan menyegarkan.
  • All-day dining coffee house yang membawakan aneka hidangan tempatan dan luar negara.

44.POOL_NIGHT.jpg

16A-GYM.jpg18B.KIDS_CLUB.jpg41.SPA.jpg13.COFFEE_HOUSE.jpg

Buat anda yang tercari-cari destinasi percutian hujung minggu bersama yang tersayang tanpa perlu pergi jauh dari ibu kota, M Resort & Hotel Kuala Lumpur adalah jawapannya!

M Resort & Hotel Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur

No telefon: 03-7932 6582

Laman web: mresort-hotel.com.my