Panduan Asas Plag Elektrik Antarabangsa Untuk Pelancong

Nurul Atikah Sarji

2025-12-30

Setiap kali melancong, antara barangan paling penting yang sentiasa menjadi keutamaan ialah telefon pintar, komputer riba, power bank dan kamera DSLR. Peranti inilah yang boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa’ sepanjang perjalanan, yang digunakan untuk navigasi, komunikasi, bekerja, merakam gambar dan pelbagai urusan lain.

Namun, untuk memastikan semua peranti ini sentiasa berfungsi dengan baik, ia perlu dicas, lebih-lebih lagi ketika kita kerap menggunakannya semasa berjalan dan meneroka tempat baharu.

Menurut maklumat daripada Skyscanner, terdapat lebih daripada 15 jenis palam dan soket elektrik yang digunakan di seluruh dunia, bergantung kepada negara masing-masing.

Template blog atikah  (48).png
Kredit Foto: https://iluminasi.com/
  • Plag Jenis A

    Bilangan Pin: 2 PIN
    Contoh Negara: Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan

  • Plag Jenis B

    Bilangan Pin: 3 PIN 
    Contoh Negara: Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan

  • Plag Jenis C

    Bilangan Pin: 2 PIN
    Contoh Negara: Eropah termasuk Ireland, United Kingdom dan Asia

  • Plag Jenis D

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: India, Sri Lanka, Nepal dan Namibia

  • Plag Jenis E

    Bilangan Pin: 2 PIN
    Contoh Negara: France, Belgium, Poland, Slovakia dan Czech Republik

  • Plag Jenis F

    Bilangan Pin: 2 PIN
    Contoh Negara: Eropah dan Rusia

  • Plag Jenis G

    Bilangan Pin: 3 PIN 
    Contoh Negara: United Kingdom, Ireland, Malaysia dan Singapore

  • Plag Jenis H

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Palestine

  • Plag Jenis I

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Australia, New Zealand, China dan Argentina

  • Plag Jenis J

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Switzerland

  • Plag Jenis K

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Denmark dan Greenland

  • Plag Jenis L

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Italy dan Chile

  • Plag Jenis M

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Afrika Selatan

  • Plag Jenis O

    Bilangan Pin: 3 PIN
    Contoh Negara: Thailand

Selepas mengetahui jenis-jenis plag yang digunakan di setiap negara, anda boleh mencarinya di kedai-kedai berhampiran mengikut destinasi yang ingin dituju. Namun, bagi memudahkan urusan sepanjang perjalnan, pilihan yang lebih praktikal ialah dengan mendapatkan Universal Adapter.

Anda boleh membeli Universal Adapter di kedai barangan elektronik atau secara dalam talian dan sudah tentu anda boleh menggunakannya di pelbagai negara tanpa perlu membawa banyak jenis plag yang berbeza.