Nikmati Pengalaman Ramadan di Aceh
Nurul Atikah Sarji
3/5/2024
Salah satu perniagaan baharu di bawah AirAsia, ikhlas.com Travel menawarkan satu pakej jelajah Muslim di bulan Ramadan ini di Kota Serambi Mekah, Aceh. Seperti yang diketahui, Aceh yang terletak di Indonesia merupakan satu kota yang terjejas oleh tsunami yang sangat besar pada tahun 2004 yang lalu.
![Ramadan_di_Aceh_.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt0f2b4e1f765a248b/65e69c3977ae45fb4bb1139f/Ramadan_di_Aceh_.png)
Perjalanan rohani sepanjang 4 hari 3 malam pada 26-29 Mac 2024 bersama ikhlas.com sudah tentu akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan terutamanya pada bulan Ramadan tahun ini. Menariknya, lawatan ini akan disertai oleh Mutawif ikhlas.com, Ustaz Hazim yang sudah tentu akan disajikan dengan pelbagai ilmu untuk kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, inshaAllah.
Antara tempat yang bakal dikunjungi sepanjang pengembaraan ini ialah, anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi sambil berjalan di sepanjang Pantai Laampuk. Selain itu, anda juga berpeluang untuk solat di Masjid Baiturrahim, yang merupakan warisan daripada seorang sultan Aceh pada abad ke-17. Masjid ini juga sangat ikonik kerana masih kukuh, walaupun dilanda dengan gempa bumi dan tsunami pada 26 Disember 2004.
![Ramadan_di_Aceh.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt2a3790162100e92c/65e69d21396ebb9f9e07f299/Ramadan_di_Aceh.png)
Bagi memperingati akan mangsa-mangsa tsunami ini, anda juga bakal mengunjungi Muzium Aceh. Apabila memasuki ke kawasan muzium ini, pengunjung akan berjalan di lorong sempit dengan air mengalir dari kedua sisi yang disertai dengan bunyi guruh yang menakutkan, yang mengingatkan kita semua akan kehancuran yang dilanda akibat tsunami 2004. Muzium ini juga menampilkan simulasi elektronik gempa Lautan Hindia gambar korban, dan cerita serta kesaksian dari yang selamat.
Selain itu, ikhlas.com akan membawa anda semua ke Rumah Anak Yatim Nurul Huda. Terletak di Aceh Besar, Dayah Nurul Huda mula beroperasi pada Januari 2001. Menempatkan kira-kira 170 penghuni, rumah anak yatim ini bermula dengan hanya dua bangunan kayu. Dengan jumlah penghuni yang meningkat, jumlah sumbangan akan dapat membantu mereka meningkatkan keadaan bangunan pada masa yang sama, membantu kesejahteraan penghuni. Menariknya, 5 peratus daripada pembayaran pakej akan disumbangkan kepada rumah anak yatim ini.
Berminat? Anda boleh menempah pakej ini melalui pautan ikhlas.com Travel. Selamat bercuti!