Mardhiyyah Hotel & Suites Mengangkat Gaya Hidup Muslim Masa Kini

Ayu Nadirah

2026-02-09

Bayangkan anda dapat percutian yang seronok, selasa dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan anda sebagai seorang Muslim? Perkara ini yang menjadi identiti Mardhiyyah Hotel & Suites yang mengangkat gaya hidup Muslim dalam sebuah persekitaran percutian di bandar pesat membangun.

Kemudahan Serba Eksklusif

Hotel patuh syariah bertaraf lima bintang ini berlokasi di Shah Alam. Diberi nama Mardhiyyah daripada perkataan Arab yang membawa maksud “yang diredai Allah”, dicetuskan oleh pemiliknya, Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Hotel ini telah melalui proses naik taraf dan pengubahsuaian menyeluruh bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan hospitaliti berkualiti tinggi di kawasan sekitarnya. Suasana lobi yang mesra dan elegan terus memberikan gambaran awal pengalaman penginapan yang istimewa.  Anda pasti terpikat sebaik melangkah masuk, bukan sahaja dengan dekorasi klasik yang memukau, tetapi juga layanan mesra barisan petugas kaunter hadapan yang mencerminkan keunikan hospitaliti negara ini.

Mardhiyyah Hotel & Suites (7).png

Bagi memastikan keselesaan maksimum, hotel ini menawarkan 341 bilik yang luas dan dihias dengan penuh cita rasa, merangkumi 280 bilik deluxe, 58 suite deluxe, dua unit penjagaan khas serta satu Presidential Suite yang mewah. Setiap bilik dilengkapi kemudahan moden seperti talian IDD, akses internet berkelajuan tinggi, data-port, TV satelit, sistem telefon canggih, kemudahan penyediaan kopi dan teh serta peti keselamatan peribadi dalam bilik.

Di As-Safinaz Rooms yang terletak di aras 17, 18 dan 19, anda akan dimanjakan dengan perkhidmatan butler sepenuh masa serta sentuhan eksklusif yang menjadikan pengalaman menginap lebih istimewa.

Sementara itu, di As-Safinaz@18 yang terletak di aras 18, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau, bersama panorama indah Tasik Shah Alam yang tenang serta keindahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru! Perkhidmatan bilik juga disediakan 24 jam.

Mardhiyyah Hotel & Suites (2).pngMardhiyyah Hotel & Suites (3).png

Kemudahan rekreasi di Mardhiyyah Hotel & Suites direka mengikut trend semasa dan memenuhi pelbagai keperluan tetamu. Anda boleh bersenam di Fitness Centre yang lengkap dengan peralatan gym moden atau berehat di Indoor Pool & Spa (wanita sahaja) di Aras 4. Bagi urusan kerja, hotel turut menyediakan pusat perniagaan di kawasan lobi.

Mardhiyyah Hotel & Suites (8).pngMardhiyyah Hotel & Suites (9).pngMardhiyyah Hotel & Suites (10).png

Daripada segi kulinari, hotel ini menampilkan konsep restoran halal dengan pilihan ruang makan yang menarik. Royale Songket Restaurant menawarkan gabungan suasana klasik dan moden dengan hidangan antarabangsa serta masakan Jepun premium. Borak Borak Café & Lounge pula sesuai untuk pertemuan santai sambil menikmati pastri dan kek segar, manakala Tung Yuen Chinese Restaurant menyajikan masakan Szechuan dan Kantonis yang menyelerakan. 

Mardhiyyah Hotel & Suites (4).png
Royale Songket Restaurant
Mardhiyyah Hotel & Suites (6).png
Tung Yuen Chinese Restaurant
Mardhiyyah Hotel & Suites (5).png
Borak Borak Café & Lounge

Untuk mesyuarat dan konvensyen, hotel ini menyediakan kemudahan dewan dan bilik mesyuarat lengkap dengan teknologi moden yang mampu menampung sehingga 1,000 tetamu, disokong oleh pasukan pengurusan acara profesional.

Pengiktirafan Membanggakan

Untuk pengetahuan anda juga, Mardhiyyah Hotel & Suites menerima pengiktirafan Muslim Friendly Accommodation Recognition (MFAR) kategori Platinum, pensijilan halal JAKIM bagi restorannya, serta penarafan 7IQS daripada Universal Crescent Standard Centre. Hotel ini juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Best Muslim-Friendly Hotel dan Best 5-Star Muslim-Friendly Hotel pada Tourism Industry Award 2024 dan 2025, selain pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah hospitaliti mesra Muslim.