Ketahui 5 Pantai Menarik di Yogyakarta

Nurul Atikah Sarji

5/9/2024

Daerah Istimewa Yogyakarta seringkali menjadi sebutan bagi pelancong. Bukan hanya sekadar memiliki status khusus daerah Istimewa, kota ini juga mempunyai pelbagai tempat pelancongan (wisata) menarik. Antara tempat-tempat yang boleh dilewati seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan, Jalan Malioboro, Keraton Yogyakarta dan banyak lagi. Tidak dilupakan, kota istimewa ini juga merupakan kota yang mempunyai pelbagai tarikan pantai yang sangat indah serta pemandangan yang menakjubkan. 

Ketahui 5 pantai menarik di Yogyakarta!

1. Pantai Indrayanti 

_Template_images_for_blog_2.0_(36).png
Kredit foto: Wonderful Indonesia

Pantai Indrayanti atau juga warga lokal menyebutkan dengan nama Pantai Pulang Sawal, pantai ini merupakan salah satu pantai yang sangat indah dan bersih. Dengan mempunyai pasir putih, anda juga boleh melihat pemandangan yang sangat memukau, disertakan dengan perpaduan ombak-ombak membiru. Dengan hanya membayar RP 10,000 per kenderaan, anda boleh mengabadikan potret keindahan alam di pantai ini. Tapi ingat, jangan buang sampah sembarangan ya!

Alamat: Desa Tepus, Kecamatan Tepus, Gunung Kidul

Harga tiket: RP 10,000 (RM3) seorang


2. Pantai Timang

_Template_images_for_blog_2.0_(37).png

Terletak di Kecamatan Tepus, Gunungkidul, Pantai Timang merupakan salah satu pantai yang menarik yang boleh dikunjungi. Untuk menempuh ke pantai ini, anda perlu bersiap sedia mental dan fizikal kerana jalan akses menuju ke pantai ini agak ekstrim. Ramai yang mahu ke pantai ini kerana pantai ini mempunyai Pulau Timang, yang berada di seberang Pantai Timang. Untuk sampai ke Pulau Timang, anda perlu menggunakan gondola tradisional yang terbuat daripada kayu, dibina sendiri oleh warga sekitar yang disewakan buat pengunjung. Yang menarik, adrenalin anda akan diuji kerana pada ketinggian sekitar 10 meter ini, deru ombak deras akan menerpa anda pada bila-bila masa sahaja. 

Alamat: Jl. Pantai Sel. Jawa, Pantai, Purwodadi, Kec. Tepus, Kabupaten Gunung Kidul

Harga tiket: RP 10,000 (RM3) seorang


3. Pantai Parangtritis 

_Template_images_for_blog_2.0_(38).png

Pantai Parangtritis sememangnya merupakan pantai yang paling terkenal di Yogyakarta. Pantai yang terletak 27 km di sebelah selatan Jogja merupakan satu pantai yang indah untuk pengunjung yang cintakan suasana matahari terbenam. Namun, tidak ada salahnya jika anda berkunjung pada siang hari untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan sambil berenang di tepi pantai. 

Alamat: Desa Parangtritis, Kecamatan Kretek, Kabupaten Bantul
Harga tiket: RP 10,000 (RM3) seorang


4. Pantai Nglambor

_Template_images_for_blog_2.0_(39).png

Terletak di Kecamatan Tepus, Gunungkidul Yogyakarta, Pantai Nglambor merupakan pantai yang menjadi kesukaan buat penggemar snorkeling kerana ombak pantainya yang agak sedikit. Pantai yang tertutup dengan dua batu karang besar, ini mampu menghalang dari ombak besar. Jadi, pantai ini sangat sesuai buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang baru belajar snorkeling. 

Alamat: Dusun Purwodadi, Desa Tepus, Yogyakarta, Nglambor

Harga tiket: RP 5,000 (RM1.50) seorang


5. Pantai Parangkusumo 

_Template_images_for_blog_2.0_(40).png

Tidak jauh dari Pantai Parangtritis, Pantai Parangkusumo mempunyai hamparan pasir berwarna hitam yang unik, merupakan salah satu pantai yang digemari oleh pelancong yang berkunjung di daerah istimewa Yogyakarta. Fakta menarik mengenai pantai ini adalah pantai ini dikelilingi gumuk pasir, yang hanya ada tiga sahaja di Asia Tenggara. Oleh itu, anda boleh mencuba aktiviti sandboarding di sini. 

Alamat: Kapanéwon Kretek, Kabupaten Bantul

Harga tiket: RP 10,000 (RM3) seorang


Ingin menerokai dunia bersama ikhlas.com Travel? Klik pautan ini untuk mengetahui pelbagai destinasi dengan harga yang berpatutan!

BACA:

[Cover Story] The Melvins: Definisi Cantik Luar Dalam

11 Aktiviti Menarik di Nami Island, Korea Selatan!

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!