Jalan Dekat-Dekat Je: Percutian Santai & Mesra Muslim ikhlas.com Travel

Marini Mat Zain

2026-05-09

Kadangkala, apa yang kita perlukan hanyalah percutian yang ringkas, tenang dan tidak memenatkan fikiran. Destinasi pula tidak perlu terlalu jauh atau terlalu rumit, cukup sekadar keluar sebentar dari rutin harian untuk menikmati masa bersama insan tersayang.

Atas semangat itu, ikhlas.com Travel memperkenalkan kempen “Jalan Dekat-Dekat Je”, sebuah pilihan percutian mesra Muslim yang direka khas untuk mereka yang inginkan pengalaman travel lebih santai, mudah dan bebas tekanan.

IMG_1044.JPG.jpeg

Dengan fokus kepada destinasi negara jiran yang semakin popular seperti Indonesia dan Vietnam, kempen ini menawarkan pakej percutian persendirian yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun kumpulan rakan-rakan.

Apa yang menjadikan percutian ini lebih menarik ialah segala keperluan asas telah diatur lebih awal daripada pengangkutan lapangan terbang, pengangkutan peribadi bersama pemandu pelancong, penginapan, sajian harian hinggalah tiket masuk ke lokasi terpilih. Semuanya dirancang agar pengembara dapat memberi fokus kepada pengalaman dan memori sepanjang perjalanan.

3.jpg

Bagi mereka yang merancang percutian ke Indonesia, antara destinasi yang ditawarkan termasuk Lombok, Jogjakarta, Bandung dan Labuan Bajo. Setiap lokasi mempunyai daya tarikan tersendiri daripada keindahan alam semula jadi hingga pengalaman budaya yang unik. Promosi destinasi Indonesia berlangsung sehingga 20 Mei 2026. 

Sementara itu, Vietnam pula menawarkan pengalaman yang berbeza melalui destinasi seperti Ho Chi Minh City, Da Nang, Hoi An, Phu Quoc serta Hanoi dan Ha Long Bay yang terkenal dengan pemandangan indah dan suasana yang lebih santai. Promosi ke destinasi Vietnam berlangsung dari 21 Mei hingga 11 Jun 2026.

2.jpg

Menariknya, kempen ini juga memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia merancang percutian lebih awal tanpa perlu mengeluarkan kos permulaan yang tinggi. Dengan deposit serendah RM365 seorang, impian untuk bercuti kini terasa lebih mudah dicapai.

Selain itu, promosi “Beli 4, Diskaun RM1,000” turut ditawarkan untuk tempahan berkumpulan ke destinasi Indonesia, menjadikan percutian bersama keluarga atau sahabat lebih berbaloi.

Melalui pendekatan travel yang lebih fleksibel dan mesra Muslim, ikhlas.com terus memberi pilihan kepada pengembara untuk menikmati percutian yang selesa tanpa perlu risau tentang perancangan yang rumit. 

4.jpg

Kerana kadangkala, perjalanan yang paling bermakna tidak semestinya jauh cukup sekadar “jalan dekat-dekat je”, tetapi penuh dengan pengalaman dan kenangan yang berharga. 

Destinasi Indonesia (Bermula Serendah RM1,490)
Lombok (4H3M)
Jogjakarta (4H3M) 
Jakarta Bandung (4H3M) 
Labuan Bajo (3H2M)

Destinasi Vietnam (Bermula Serendah RM1,350)
Ho Chi Minh City
Da Nang & Hoi An
Phu Quoc 
Hanoi & Ha Long Bay

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store

 Baca juga: Tak Lengkap Travel Ke Yogyakarta Tanpa Lawat 5 Tempat Ini!