4 Masjid di Tokyo Mudah Akses untuk Solat

Nurul Atikah Sarji

2025-08-11

Tokyo bukan sekadar kota neon dan sushi! Di sebalik hiruk-pikuknya, terselit sudut tenang untuk pelancong Muslim melepas penat dan menunaikan ibadah. Sama ada anda mencari tempat solat selepas sesi membeli-belah, di antara jadual lawatan, atau sekadar mahu menghirup damai di rumah Allah, berikut adalah masjid di Tokyo yang mudah diakses dan mesra pelancong.

Tokyo Camii Mosque

Kredit Photo Tripadvisor.jpg
Kredit foto: Tripadvisor

Tokyo Camii bukan sekadar tempat bersujud, tetapi sebuah karya seni bina Uthmaniyyah yang membuatkan anda terpaku sebaik melangkah masuk. Kubah biru yang megah, corak kaligrafi halus dan suasana damai menjadikannya masjid terbesar dan paling indah di Jepun. Di sini, anda bukan sahaja boleh menunaikan ibadah, tetapi juga meneroka Pusat Kebudayaan Turki yang mempamerkan seni, sejarah, perpustakaan serta kedai halal. Setiap Jumaat, khutbah disampaikan dalam bahasa Jepun dan Inggeris, membuktikan bahawa Tokyo Camii benar-benar terbuka untuk semua.

Lokasi: 1-19 Oyama-cho, Shibuya-ku
Akses: 5 minit berjalan kaki dari Yoyogi-Uehara Station (Chiyoda Line / Odakyu Line)

Otsuka Masjid

Kredit Foto Tokyo Intercultural Portal Site.jpg
Kredit foto: Tokyo Intercultural Portal Site

Masjid ini terkenal dengan suasana mesra komuniti. Pelancong mudah merasa dialu-alukan, dengan khutbah Jumaat dalam pelbagai bahasa. Lokasinya berdekatan restoran halal dan pelbagai kedai, sesuai untuk anda singgah selepas makan atau membeli-belah.

Lokasi: Minami-Otsuka, Toshima-ku
Akses: 6 minit berjalan dari Otsuka Station (JR Yamanote Line)

As-Salam Masjid

Kredit Foto @japanhalaltv (Instagram).jpg
Kredit foto: @japanhalaltv (Instagram)

As-Salam Masjid merupakan pusat aktiviti komuniti Muslim di Tokyo, mengadakan kelas agama dan program kemasyarakatan. Terletak berdekatan pusat membeli-belah besar dan restoran halal, ia sangat praktikal untuk pelancong yang mahu membeli-belah tanpa mengabaikan kewajipan agama.

Lokasi: 1-3-8 Higashi-Ikebukuro, Toshima-ku
Akses: 10 minit berjalan kaki dari Ikebukuro Station

Asakusa Mosque

Kredit Foto Halal Food in Japan.jpg
Kredit foto: Halal Food in Japan

Sekiranya anda sempat berjalan ke kawasan bersejarah Asakusa, masjid kecil ini menawarkan ruang solat yang selesa di tengah-tengah tarikan pelancong popular. Sempurna untuk berhenti sejenak sebelum meneruskan lawatan ke Senso-ji atau membeli cenderamata di Nakamise Street.

Lokasi: Berdekatan Kaminarimon & Senso-ji Temple
Akses: Jalan kaki dari Asakusa Station (Ginza Line / Toei Asakusa Line)

Selain itu, anda perlu tahu bahawa waktu solat di Jepun berubah mengikut musim. Jadi pastikan anda semak jadual terkini dengan menggunakan aplikasi ikhlas.com di telefon pintar anda. Bawa juga sejadah kecil untuk kemudahan jika berada jauh dari masjid.

Baca juga: Itinerari 5H4M ke Jepun Musim Sejuk