4 Cara Untuk Ke Ibu Kota Jakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
Nurul Atikah Sarji
5/3/2024
Terletak di pantai barat laut Jawa, Jakarta, merupakan ibu kota dan kota metropolitan yang terbesar di Indonesia. Mempunyai anggaran penduduk lebih daripada 10 juta penduduk, ibu kota ini merupakan sebuah kota yang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi bukan sahaja di Indonesia, malah di seluruh Asia Tenggara.

Jom kita ketahui beberapa cara untuk ke ibu kota Jakarta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta:
1. Kereta Api

Lebih mudah dan cepat dengan hanya menaiki kereta api. Caranya sangat mudah, anda boleh menaiki Kereta Api Bandara Soekarno-Hatta ke Stasiun BNI City dengan hanya IDR 70,000 sahaja yang menempuh perjalanan kira-kira 45 minit. Anda boleh membeli tiket secara tanpa tunai atau ‘cashless’ di kiosk yang terletak stesen.
2. Bas

Bagi yang ingin menikmati perjalanan melalui jalan raya dan hanya memakan kos yang murah, anda boleh menaiki Bas Damri. Kos hanya IDR 40,000, anda boleh ke hentian pusat di Stesen Gambir. Bas ini beroperasi bermula jam 3 pagi sehingga 9 malam. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang tersedia di lapangan terbang.
3. Kenderaan E-Hailing

Bagi yang menginginkan keselesaan, anda boleh menaiki kenderaan E-hailing dengan hanya menempah melalui aplikasi ‘Grab’, ataupun ‘Gocar’ untuk ke destinasi anda. Sangat mudah kan?
4. Teksi

Anda juga boleh memilih jika mahu ke kota Jakarta dengan menggunakan teksi. Jenama teksi yang mempunyai penilaian yang sangat baik iaitu Blue Bird. Jangan risau, di pintu ketibaan lapangan terbang, anda boleh mendapatkan nombor giliran teksi dari mesin Blue Bird yang disediakan. Jangkaan harga sewa satu teksi iaitu serendah IDR 200,000 sehingga IDR 300,000 untuk ke pusat ibu kota, bergantung juga akan keadaan trafik semasa.
Dah tahu nak guna jenis pengangkutan yang mana untuk bergerak dari lapangan terbang? Kalau nak lebih mudah tanpa perlu pening untuk rmeancangan perjalanan, anda boleh juga melancong bersama IKHLAS Travel menjelajah Kota Jakarta dan Bandung bersama keluarga tercinta!