Pengalaman Ibadah di Masjid Baiturrahman, Aceh & Fakta Menarik Tentang Masjid Ini
2024-04-09
Alhamdulillah, baru-baru ini IKHLAS Travel menjelajahi perjalanan spiritual ke Bumi Serambi Mekah di Indonesia, Aceh Darussalam. Pengalaman empat hari tiga malam ini sangat berbeza dengan trip lain, kerana kami dapat berpuasa dan juga beribadah di kota Istimewa ini.
Antara tempat yang telah kami kunjungi iaitu Masjid Baiturrahman, yang memiliki sejumlah fakta menarik yang kita boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita sebagai umat Islam. Alhamdulillah, kami juga telah merasai pengalaman untuk solat Teraweh bersama-sama dengan masyarakat Aceh. Perasaannya yang sangat tenang, dan wajah pengunjung masjid ini jelas terpampang semangat untuk beribadah di sini.
.png)
Masjid ini, merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia yang dibangun pada tahun 1879 oleh Sultan Alauddin Mahmud Syah II, yang merupakan satu pusat ibadah dan budaya yang terbesar dan terpenting di Aceh. Dari segi sina bina, masjid ini sangat kaya dengan seni bina Melayu dan Eropah.
.png)
Kami juga terpukau akan masjid ini kerana memiliki kubah-kubah hitam yang sangat cantik disertakan menara yang tinggi. Selain itu, masjid ini juga dikenali sebagai Little Nabawi dek kerana terdapat beberapa payung besar seakan-akan anda berada di Masjid Nabawi, Madinah Al-Mukarramah.

Di sebalik keindahan seni bina masjid, masjid ini menyimpan seribu kisah daripada peristiwa gempa bumi dan tsunami Aceh yang melanda pada 26 Disember 2004 yang lalu. Masjid ini tetap berdiri teguh, kukuh serta berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Setelah bencana besar tersebut, Masjid Baiturrahman menjadi simbol kebangkitan dan ketahanan masyarakat Aceh. Kehadirannya yang teguh di tengah-tengah kerosakan melambangkan keteguhan hati masyarakat Aceh.
Masjid ini bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat kegiatan keagamaan dan sosial. Di sinilah berbagai kegiatan seperti pengajian, sosialisasi, dan kegiatan amal dilakukan untuk masyarakat setempat. Kami juga sempat melihat anak-anak Aceh yang masih kecil mengaji setelah Solat Zuhur di masjid ini.
.png)
Bagi anda yang ingin menjelajahi Kota Serambi Mekah Aceh, anda boleh melayari pautan ini!