Ikuti 5 Langkah Ini Untuk Check Makanan Halal di Jepun

Hanan Latip

4/22/2024

semak aplikasi halal japan.jpg

Jika anda sedang membaca artikel ini, pasti anda sedang membuat persiapan untuk ke Jepun. Umum kita ketahui, Jepun bukan sebuah negara Islam dan rakyatnya merupakan penganut majoriti Shinto. Maka, sebab itulah pelancong Muslim yang ingin datang ke Jepun perlu membuat persiapan bagi mengelakkan mereka makan makanan tidak halal. 

Dengan menggunakan langkah di bawah, anda pasti dapat bercuti dengan seronok tanpa stress untuk mencari makanan halal di negara matahari terbit! Kami akan kongsikan cara-cara check produk makanan halal di Jepun sama ada ketika anda membeli barang ataupun dine-in di kedai makan. 

Jika anda berniat untuk membeli makanan yang di jual di kedai serbaneka seperti Mart/Lawson/Family Mart dan lain-lain, boleh cuba aplikasi seperti senarai di bawah:

1. Halal Japan

Screenshot_2024-04-17_11.49.32_AM.jpg

Pilihan pertama yang anda boleh gunakan ialah aplikasi Halal Japan. Aplikasi ini anda wajib download kerana antara platfrom yang paling aktif dan menyediakan pelbagai informasi berguna mengenai Jepun. Jadi, mudahlah untuk anda membeli dan makan dengan senang hati!

Cara Menggunakannya:

  • Muat turun di Google Play atau Apple Store.

  • Klik bahagian Camera.

  • Ambil produk dan scan barcode yang ada pada belakang produk. Kemudian, Halal Japan akan paparkan notis sama ada produk tersebut adalah halal atau haram untuk dimakan.

Aplikasi ini mempunyai 6 tahap status produk iaitu: 

H1: HALAL LV1 – Diperakui Halal

H2: HALAL LV2 – Bebas daripada etanol, dan barisan pengeluaran adalah 100% bebas daripada produk derivatif babi

H3: HALAL LV3 – Mengandungi kurang daripada 0.5% etanol atau barisan pengeluaran yang dikongsi dengan produk derivatif babi tetapi, mereka membersihkan talian dengan betul dan bebas daripada pencemaran silang

D: RAGU – Produk mengandungi alkohol tetapi pengilang tidak mengetahui berdasarkan alkohol atau peratusan etanol atau mengandungi bahan yang meragukan (seperti Marjerin, Pengemulsi, atau Shortening dsb.) tetapi pengilang tidak mendedahkan bahan asas.

HR1: HARAM LV1 – Produk mengandungi bahan berasaskan babi atau bahan haiwan tidak Halal atau alkohol, m dsb.

HR2: HARAM LV1 – Talian yang tercemar dengan produk derivatif babi.

2. Halal Navi

Screenshot_2024-04-17_11.50.37_AM.jpg

Halal Navi merupakan platform yang mengongsikan pelbagai jenis kemudahan seperti restoran, kafe, masjid dan hotel demi memudahkan urusan pelancong untuk explore tanpa halangan. Seperti namanya Halal Navi, sudah semestinya carian yang dipaparkan adalah halal dan diyakini.

Cara Menggunakannya:

Screenshot_2024-04-18_11.35.30_AM.jpg
  • Muat turun di Google Play atau Apple Store atau buka menerusi laman sesawang Halal Navi.

  • Di bahagian Carian, anda boleh membuat carian mengenai lokasi restoran, masjid dan macam-macam lagi!

3. Omotenashi Halal

Screenshot_2024-04-17_11.49.06_AM.jpg

Antara aplikasi lain yang boleh digunakan ialah aplikasi Omotenashi Halal. Ini adalah pilihan jika aplikasi yang lain tidak dapat kenalpasti bahan-bahan pada produk makanan.

Cara Menggunakannya:

  • Muat turun di Google Play atau Apple Store.

  • Di bahagian Halal, anda klik Scan (imbas pada bahagian bahan-bahan produk) atau ambil gambar produk atau upload gambar produk dari file.

  • Kemudian, aplikasi ini akan memaparkan sama ada makanan itu halal, syubah, atau haram.

Semasa di Kedai Makan

1. Makan di kedai yang memaparkan logo Halal

Sebelum masuk ke kedai makan, anda boleh pastikan kedai tersebut memaparkan sijil halal ataupun tidak. Ini akan memudahkan anda mencari makanan halal di kawasan persekitaran. Gambar di atas antara logo halal yang digunakan di Jepun. Boleh simpan di telefon bagi memudahkan urusan anda!

2. Paparkan Muslim Dietary Card

Kredit Foto: Halal Navi

Jika anda menghadapi kesukaran untuk mencari makanan halal,  paparkan saja kad ini kepada pekerja di kedai yang anda singgah. Dengan ini, mereka dapat mengenal pasti makanan yang dapat dihidangkan kepada anda. Ini memudahkan kerja mereka untuk menyediakan makanan tersebut.

Nota tambahan: Jika anda mempunyai alahan terhadap sesetengah makanan, pastikan anda memberitahu atau bertanyakan kepada pekerja bagi memastikan anda boleh makan makanan tersebut dengan selamat!

Kini, anda sudah tahu semua cara untuk check makanan halal di Jepun. Pasti anda lebih bersedia dan lebih yakin bila hendak bercuti di Jepun nanti.

Inginkan alternatif yang lebih mudah? Anda boleh sertai pakej pelancongan IKHLAS ke Jepun, syarikat yang menyediakan pakej mesra muslim. Apa tunggu lagi, jom join trip ke Tokyo dan Osaka dengan IKHLAS!

Kami akan sediakan segala keperluan anda dari A hingga Z. Jom rasai keseronokan berada di Tokyo dan Osaka bersama IKHLAS!