8 Permainan Tradisional di Korea Selatan, Boleh Cuba!
Hanan Latip
1/29/2024
Kalau sebut Korea, sudah pasti anda tahu mengenai muzik, makanan, artis dan tempat-tempat menarik. Kali ini, kami akan kongsikan beberapa permainan tradisional di Korea Selatan yang mungkin masih lagi tidak diketahui umum.
Di Korea ada banyak permainan tradisional yang anda boleh ketahui dan juga unik. Teruskan pembacaan anda!
1. Yut Nori
Jika anda pernah menonton rancangan Running Man, ahli-ahli Running Man ada bermain permainan Yut Nori di dalam episode tertentu. Yut merupakan permainan kuno di Korea yang sudah berusia ratusan tahun. Untuk bermain Yut Nori, anda perlu membaling kayu-kayu ini ke udara sebelum boleh bergerak mengikut yang jumlah yang anda dapat.
Permainan kayu ini boleh menghasilkan 5 kombinasi seperti:
- Do. Anda boleh bergerak sebanyak 1 langkah
- Gae. Anda boleh bergerak sebanyak 2 langkah
- Geol. Anda boleh bergerak sebanyak 3 langkah
- Yut. Anda boleh bergerak sebanyak 4 langkah
- Mo. Anda boleh bergerak sebanyak 5 langkah
Anda dikehendaki untuk kembali ke titik permulaan permainan untuk dikira sebagai pemenang.
2. Ddakji
Permainan ddakji atau slap-match ini merupakan permainan tradisional yang menggunakan kertas dimainkan sejak Dinasti Joseon.
Hanya dengan menggunakan dua lembar kertas warna-warni yang dilipat menjadi satu. Hasilnya, ia akan menjadi bentuk segi empat tepat dan leper tapi tebal!
Anda cuma perlukan 2 pemain sahaja. Pastikan ddakji anda dapat membuatkan ddakji pihak lawan terbalik atau keluar dari garisan. Sebab itulah, ddakji ini menggunakan 2 kertas warna bagi membezakan bahagian atas dan bawah.
Anda perlu melempar ddakji dengan kuat bagi meraih kemenangan! Nampak mudah tetapi permainan tradisional ini memerlukan kesabaran dan trick untuk melakukannya.
3. Gonu
Permainan papan Go antara permainan yang tua dan dihormati di Korea. Permainan ini akan dimainkan oleh dua individu. Anda perlu menguasai kawasan papan sehingga membentuk wilayah yang tidak boleh ditentang oleh pihak lawan.
Untuk menentukan kemenangan, skor akan dikira selepas kedua-dua individu tidak boleh menambah wilayahnya atau mengurangi wilayah lawannya.
Papan: Saiz biasa papan ialah 19 x 19. Ada juga saiz yang lebih kecil seperti 13 x 13 dan 9 x 9
Batu: Pemain akan menggunakan batu hitam atau putih untuk diletakkan di atas papan.
4. Biseokchigi
Biseokchigi ialah permainan tradisional Korea yang menendang atau membaling batu pihak lawan pada jarak tertentu. Tidak kisah untuk dimainkan sebanyak 2 orang atau secara berkumpulan, ia sememangnya menyeronokkan kerana melibatkan banyak pergerakan dan membuatkan riuh sekampung!
Selepas menentukan susunan, satu pasukan akan meletakkan batu mengikut susunan dan kemudian, pasukan lain melontar batu miliknya ke arah batu pihak lawan pada jarak tertentu. Pada masa ini, jika pasukan ini menukar semua batu lawan, mereka menang. Jika tidak, giliran untuk bermain diserahkan kepada pasukan lain.
Anda akan dikira terkeluar dari permainan jika terjatuhkan batu ketika sedang menukar, terjatuh, meletakkan tangan di atas tanah dan menyentuh batu pihak lawan menggunakan kaki. Pasukan yang dapat melengkapkan semua tahap dahulu dikira pemenang!
5. Tuho Nori
Yuho Nori ialah permainan yang melempar anak panah ke dalam lubang pada wooden jar. Dengan lubang yang sempit dan kecil, anda perlu melemparkan sebanyak mungkin anak panah ke dalam itu bagi memperoleh kemenangan.
Permainan ini amat memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi. Jangan risau, anda boleh bermain secara perseorangan atau berkumpulan.
6. Neolttwigi
Anda pernah cuba bermain mainan jongkang jongket tetapi secara melompat tinggi pada ayunan? Kalau tidak pernah, itu adalah permainan Neolttwigi yang kebanyakkan dimainkan oleh orang perempuan di Korea.
Melalui permainan ini, pemain akan melompat pada ayunan dan akan mencuba melompat setinggi mungkin.
7. Ssireum
Ssireum adalah seni mempertahankan diri di Korea sebaris dengan taekwondo, hapkido dan kumdo. Tahukah anda, ssireum amat popular sejak zaman Tiga Kerajaan dan juga termasuk di dalam National Intangible Heritage Cultural Asset.
Sukan gusti Korea ini memerlukan dua peserta untuk bertarung di atas lingkaran pasir dan berusaha menjatuhkan lawan mereka. Di pinggang peserta akan diletakkan tali pinggang untuk dicengkam pihak lawan. Peserta akan menggunakan pelbagai teknik semasa bermain sehinggalah pihak lawan jatuh badan ke atas tanah.
Uniknya, semua golongan boleh bermain Ssireum tak kira lelaki, wanita mahupon kanak-kanak.
8. Jegichagi
Permainan Jegichagi merupakan permainan untuk lelaki.
Cara bermainnya mudah saja, pemain hanya perlu menendang bola jegi ke udara sebanyak mungkin agar tidak jatuh ke tanah. Rupa bola jegi kelihatan sama dengan bulu tangkis tapi sebenarnya diperbuat daripada kertas dan diletakkan duit syiling sebagai pemberat. Pada ketika ini, anda juga perlu seimbangkan badan semasa bermain jegi.
Perlukan percutian menarik di Korea? Dengan IKHLAS Travel, segalanya akan menjadi mudah untuk anda kerana kami telah sediakan segalanya!